’12 tahun gantung tak bertali, abang lepaskanlah saya’

14 February 2017 | 2:13 am

msh terngiang saat suami ingin menikahi saya. Tersenyum simpul saya dibuatnya, lalu saya memaklumkan kpd ibu. Ibu tersenyum & berkata, ‘tahniah sayang’. 

Selepas Mac tahun 2000, kita sah sbg suami isteri. Disember 2000, kita dikurniakan bayi sulung. Suami tersenyum ketika melaungkan azan. 

Dua tahun kemudian, Allah murahkan rezeki kami dgn anak kedua. Dua minggu selepas itu, suami mendapat surat tawaran melanjutkan pelajaran. Syukur semakin murah rezeki kami.

Suami ke kampus, saya di rumah menguruskan anak-anak. Setiap minggu ada saja alasan suami untuk tak pulang ke rumah. Saya cuba faham, mungkin dia sibuk belajar demi kami semua. 

Ketika itu sayalah ibu, sayalah bapa. Segala perbelanjaan keluarga saya tanggung. Suami? Sibuk belajar. 

Sehingga satu hari itu, naluri saya sbg isteri tertanya-tanya, sudah dua bulan suami tak pulang ke rumah, tidakkah dia rindu pd isteri & anak-aaknya? Anak-anak pun sudah mula bertanya. 

“Ma, mana abah? Bila abah balik? Adik rindu abah..” 

Minggu itu jg saya terus pergi ke kampus suami. Tercari-cari kelibat suami, bapa kpd anak-anak saya. 

Ketika sdg menunggu kelibat suami, anak-anak tertidur lena dlm kereta di depan rumah sewa suami. Saya tersenyum bila ternampak kelibat suami yg dirindui. Namun terkejut bila melihat suami sdg memeluk bahu seorang perempuan. Berderau jantung, menggeletar kaki saya pd waktu itu. Saya tengok kanak-anak sdg tidur nyenyak di belakang. 

Itu abang! 

Saya mengamati tubuh lelaki itu, ya memang sah dia adalh suami saya. Aduh! Air mata saya jatuh, selaju-lajunya. 

“Abang, sampai hati abang! Sampai hati abang!” itu sahaja kata-kata yg bermain di fikiran. 

Saya kuatkan diri keluar dr kereta. Suami ternampak saya, dia terkedu & perempuan itu jg terkaku seketika. Saya hanya membalas dgn senyuman. 

Kami bertiga bersemuka. Entah dr mana datangnya kekuatan diri ini untuk berjumpa dgn suami & perempuan itu. 

“Kami sudah bernikah di Thailand,” jelas suami. 

Aduh! Gugur lagi jantung saya. Tetapi saya senyum & tetap senyum. Perempuan itu hanya menundukkan pandangannya. 

“Cantik isteri kedua abang. Kurus dr saya, cantik dr saya, memang cantik. Patutlah abang berkenan, tetapi lepaskanlah Laila,” 

“Lepas? No way! Aku msh sayangkan anak-anak aku!” kata suami. 

“Laila janji akan benarkan abang berjumpa dgn anak-anak. Lepaskan Laila,” saya merayu lagi. 

“No way!” bentaknya. 

“Sebelum ini abang kata nak sambung belajar sebab nak menanggung keluarga, demi masa depan keluarga tetapi apa yg abang dah buat?” soal saya. 

“Abang jumpa dia ketika bersama-sama pergi ke perkhemahan universiti,” jelas suami. 

“Patutlah berminggu-minggu, berbulan-bulan abang tak balik rumah. Sampai hati abang,” kata saya. 

Sudah setahun berlalu, setahun jg suami tak balik ke rumah, telefon bertanya khabar anak-anak pun tak, nafkah & batin? Langsung tak dipedulikan. Suami abaikan tanggungjawabnya, membiarkan saya & anak-anak di rumah. Dulu anak-anak selalu bertanya di mana bapa mereka, namun kita mereka seperti sudah terlupa yg mereka ada bapa. 

Ya, saya sudah redha & menerima isteri kedua suami sbg madu. Demi anak, saya malas nak bergaduh panjang. Suami hanya pentingkan isteri kedua berbanding saya & anak-anak yg terpaksa survive sendiri. 

Saya redha, sgt redha. Saya sayangkan perkahwinan kami, anak-anak kami tetapi menerima semua ini dlm rasa yg sedih sehingga saya tak sedar saya sudah bersabar beberapa tahun & selama itu dia tak pernah endah soal nafkah anak-anak & isteri. 

Bila raya pun, dia hanya kirimkan duit raya melalui Maybank2u. Anak-anak pun sudah malas nak ambil tahu tentang bapanya mereka sendiri sehingga terpacul di mulut mereka, “suka hati abahlah ma”. 

Hari ini ulangtahun perkahwinan kami yg ke-15, 12 tahun suami tak bersama kami. Saya dibiarkan bergantung tanpa tali. dr gaji saya RM900, kini RM4,000. Allah swt murahkan rezeki & kurniakan saya anak-anak yg baik, soleh & solehah, bijak pandai & sgt menghiburkan. Setiap tahun saya dijemput pihak sekolah kerana anak-anak dianugerahkan sbg pelajar cemerlang. Tetapi siapa yg mendapat nama? 

Tahniah Encik Zainal, anak-anak Encik Zainal memang bijak

msh saya teringat ketika menghantar anak sulung ke MRSM. Guru bertanya di mana bapanya. Saya lihat muka Along sudah berubah, sungguh saya sedih tetapi saya tak nak Along pula yg bersedih. 

“Maaf cikgu, bapanya bekerja”

Ya, kerja sehingga lupa anak, isteri & tanggungjawab. 

Di hari ulangtahun kami yg ke-15 ini, saya tak nak hiasan intan permata. Tak mungkin saya memilikinya kerana rumah ini pun di atas nama saya sendiri. Harta? Jangan mimpi, langsung tak pernah mendapat harta dr suami. 

Tolonglah, tolonglah lepaskan saya. 12 tahun saya terseksa jiwa batin, bersabar & menunggu. Lepaskanlah saya, berilah peluang untuk saya merasa bahagia & saya sudah tak sanggup untuk meneruskan deirta ini. – Laila

GruGru

’12 tahun gantung tak bertali, abang lepaskanlah saya’ | sentot | 4.5