‘5 tahun pertahankan perkahwinan ini, akhirnya tiada jodoh jg…’

11 February 2017 | 8:01 am

Bismillah. Hampir lima tahun aku mempertahankan perkahwinan ini, akhirnya tiada jodoh jg. Aku memang sudah tahu kau kaki perempuan. Dulu masa ada Ana, aku bagi kau peluang. Selepas empat tahun kahwin & ada anak, aku ingat kau boleh berubah.

Aku msh dlm pantang, kau bawa balik perempuan ini di rumah kita & kau main dgn dia di atas katil kau dgn aku. Kau ada kan, semuanya untuk dia. Sedangkan selama ini aku yg menanggung kau. 

Kau tak bagi aku nafkah, kau tak belikan susu, pampers anak. Tapi kau boleh belikan perempuan itu iPhone, shopping & segalanya. 

Aku bersyukur Allah berikan aku petunjuk siapa diri kau yg sebenarnya termasuk dgn segala bukti yg ada. Kau sanggup buang aku & anak, kau hanucrkan perkahwinan kau hanya untuk budak sekolah tingkatan 3. Kau rela memilih dia daripada hubungan yg kita telah bina selama 8 tahun. 

Aku serahkan semuanya pd Allah. Semoga Allah beri petunjuk & hidayahNya kpd kau. Biar Allah membalas semuanya. 

Inilah realiti sebenarnya. Aku sudah puas bersabar & memendam semua ini. Semoga Allah memberi aku kekuatan untuk terus melangkah bersama anak tersayang. 

Mommy sayang Haqq, Haqq kekuatan mommy.



GruGru

‘5 tahun pertahankan perkahwinan ini, akhirnya tiada jodoh jg…’ | sentot | 4.5