‘Abang janji, ini last abang pergi sana, lepas ni boleh simpan basikal’ – Arwah Firdauz

19 February 2017 | 5:06 am

JOHOR BAHRU – Muhammad Firdauz Danish Mohd Azahar, salah seorang mangsa yg dirempuh kereta dlm kjadian jam 3.20 pagi semalam.

Menurut bapanya, Mohd Azhar Abdul Karim, 46, sebelum bertolak ke Institut Jantung Negara (IJN) pd malam Khamis, dia telah meminta arwah untuk menjaga adik beradiknya yg lain namun arwah marah & selalunya tak begitu, katanya memetik laporan dr Berita Harian.

“Arwah tak menoleh ke arah ibunya yg memanggil & hanya bersalaman dgn saya, kakaknya, pakcik & dua anak sauadara saya.

“Sekembalinya dr IJN jam 1 pagi, arwah tiada di rumah & anak saya yg lain maklumkan arwah keluar & tidur di rumah rakannya,” katanya sebelum mengetahui kjadian yg menimpa arwah.

Sementara itu, kakaknya, Nur Diayana Mohd Azahar, berkata, dia tahu arwah adiknya bermain basikal & arwah jg berjanji itu kali terakhirnya untuk pergi ke tempat itu. Namun tak menyangka itu kali terakhir bertemu dengannya. 

“Ye, adik saya memang main basikal & memang setiap hari Jumaat, arwah akan ke sana. Khamis lalu sebelum saya berangkat ke sana IJN (malam) untuk membawa anak saya check up, saya dah pesan pd dia agar jangan pergi ke mana-mana sebab saya tiada di rumah Jumaat ini. Tetapi arwah kata nak pergi jg. 

Abang janji dgn Angah, ini last abang pergi sana, Angah. Last, lepas ini bolehlah simpan basikal abang…

“Masa itu saya diam seribu bahasa. Masing-masing manusia, masing-masing ada keturunan, kan? Tak apa, saya tak marah, cakaplah apa yg awak-awak semua nak cakap. Masing-masing ada hak. 

Wahai adiku..rata2 surat kabar da klur psal crte mu adik..ye adik sy mamang main basikal..ye sy tahu mmg setiap hr…
Posted by Nur Diayana Mohd Azahar on Saturday, 18 February 2017


“Tak apa, malam kjadian cakaplah pusing cerita macam mana pun, Allah itu Maha Melihat & Maha Adil. Cuma rasa amat terkilan bila ada yg menyatakan mangsa tengah main lajak (basikal). pd masa yg sama, arwah-arwah semua tengok, berhenti di tepi,” katanya. – The Reporter

GruGru

‘Abang janji, ini last abang pergi sana, lepas ni boleh simpan basikal’ – Arwah Firdauz | sentot | 4.5