Abang tiri Kim Jong Un dibunuh di KLIA

14 February 2017 | 1:28 pm

SEOUL – Abang tiri kpd pemimpin Korea Utara dibunuh di Malaysia semalam, lapor Reuters.

Kim Jong Nam, 45, abang tiri kpd Kim Jong Un dilaporkan mati ketika dlm perjalanan ke hospital dr Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, selepas diracuni oleh dua ejen perempuan dipercayai ejen Korea Utara, semalam. 

Difahamkan Reuters mendapat laporan itu dr sumber kerajaan Korea Selatan, namun belum memberikan maklumat lanjut.

Lapor stesen televisyen Korea Selatan, Chosum berkata, dua ejen terbabit membunuh mangsa dgn hanya menggunakan jarum beracun sebelum melarikan diri menaiki teksi. 

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali mengesahkan seorang lelaki Korea ditemui sakit di KLIA semalam, sebelum dihantar ke hospital namun meninggal dunia ketika dlm perjalanan. 

“Kami tak mempunyai maklumat lanjut mengenai lelaki Korea ini & kami belum mengesahkan identitinya,” katanya. – The Reporter



GruGru

Abang tiri Kim Jong Un dibunuh di KLIA | sentot | 4.5