Akhirnya Putrajaya luluskan penggunaan penapis haba kenderaan

22 February 2017 | 12:15 pm

PUTRAJAYA – Penggunaan filem penapis haba kenderaan kini tak lagi dilihat sbg aksesori tambahan. Sebaliknya ia lebih kpd keperluan pemilik kenderaan untuk mengurangkan kepanasan ketika memandu. 

Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Datuk Seri Madius Tangau berkata, berikutan itu, kementerian melalui Jabatan Standard Malaysia sudah meluluskan sembilan Standard Malaysia (MS) baharu termasuk berkaitan filem penapis haba. 

Ia bagi memberi panduan kpd pihak industri & orang awam berkenaan spesifikasi yg menepati spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 

“Menerusi standard ini, orang ramai akan lebih mudah memahami spesifikasi yg ditetapkan JPJ & mengurangkan kekeliruan antara penjual filem berkenaan dgn pemilik kenderaan. 

“Ia turut memberi panduan kpd individu yg membawa masuk kenderaan import ke dlm negara khususnya bagi kenderaan yg menggunakan cermin gelap,” katanya, lapor Harian Metro. 

Madius berkata, MS itu menyokong Kaedah 5(1) & Kaedah 5(3), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larnagan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000 di bawah JPJ untuk membantu mengawal selia & mentadbir piawaian keselamatan kenderaan bermotor dgn cekap serta berintegriti. 

Ia jg bagi memenuhi keperluan pengguna, alam sekitar serta industri automotif negara. 



GruGru

Akhirnya Putrajaya luluskan penggunaan penapis haba kenderaan | sentot | 4.5