‘Anak dah pujuk, tapi…’

7 March 2017 | 3:20 pm

Susulan viralnya dakwaan seorang lelaki warga emas ditinggalkan anaknya di ladang sawit, seorang individu tampil memberikan penjelasan.

Berikut penjelasan dr sumber yg tak ingin namanya didedahkan:

Ceritanya pihak Ladang Bera terjumpa lelaki warga emas ini di jalan & dibawa ke pejabat serta diberikan tempat tinggal sementara.
Saya menerima mesej dr seorang sahabat yg memohon bantuan saya untuk menjejak anak pakcik ini. Jadi saya kirimkan gambar pakcik itu pd kelab pancing. Salah satu kelab pancing mengenali beliau & anaknya yg tinggal di Tenang.
dlm perbincangan, kami telah mengatur perancangan untuk anaknya datang ke Bera tanpa pengetahuan lelaki warga emas itu kerana bimbang dia lari dr pihak Ladang Bera. 
Difahamkan, anaknya tak tahu apa-apa tentang bapanya kerana mereka sudah terpisah sejak setahun lebih. 
Apabila anaknya sampai di lokasi, pihak ladang terus membawa dia & rakan saya ke pejabat untuk bertemu dgn pihak pengurusan sebelum dibawa berjumpa dgn bapanya. 
Selama satu jam lebih, si anak cuba memujuk & merayu agar bapanya balik bersama, tetapi si bapa enggan mengikutnya. 
Siang tadi, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah datang & mengambil pakcik itu. 
Berita yg tersebar di media sosial telah ditokok tambah, bukan berita yg benar & tepat.
Apa pun, sebelum terlambat, lebih baik si anak memohon maaf kpd bapanya jika ada sebarang kesilapan yg dilakukan pd masa lalu sehingga menguris hati bapanya. sbg anak, itulah yg patut kita lakukan, sentiasa memohon maaf pd orang tua kita.

Artikel berkaitan:
Hancur hati ayah diperlakukan begini

GruGru

‘Anak dah pujuk, tapi…’ | sentot | 4.5