‘Anak mengamuk & meracau selepas didukung makcik itu, rupanya dia lepaskan ‘saka’ pd anak kami’

24 February 2017 | 2:49 am

Assalamualaikum Acik, maaf menganggu malam ini. Tetapi hati ini rasa tak puas selagi tak cerita & tak kongsi dgn Acik. Kalau Acik rasa perkara ini serius, Acik boleh tolong postkan tetapi hide nama saya ye Acik. 

Kisah ini berlaku pagi tadi semasa saya membawa anak check di hospital (lokasi sebenar tak didedahkan). Acik tahulah kan di situ memang ramai orang. Dah ambil nombor giliran, kami nampak kerusi kosong, terus duduk. 

Anak yg berusia 2 tahun  kena scan, jadi doktor cadang makan ubat tidur untuk senang doktor nak periksa. Selepas makan ubat tidur, saya & suami duduk di kerusi kosong bersebelahan dgn seorang makcik ini & makcik itu pun berkenalan dgn saya. Macam-macam yg dia tanya termasuk hal peribadi. Rasa menyampah pun, tetapi disebabkan tiada kerusi kosong yg lain, terpaksa jg duduk di situ & melayan makcik janda anak dua orang itu.

Selepas makan ubat, anak dah hampir tertidur sambil didukung oleh suami. Tiba-tiba makcik itu berdiri & terus merampas anak dr tangan suami kononnya nak memujuk. Tercengang kami dibuatnya sebab tak pernah orang rampas anak kami seperti itu. Suami saya ini pula jenis peramah & berikan saja kpd makcik itu. 

Saya beritahu suami agar dia mengekori makcik itu. Saya ternampak mulut makcik itu terkumat kamit membaca sesuatu kemudian dihembus di kepala anak kami. Saya dah mula rasa tak sedap hati. 

Masa dia bagi anak pd suami, saya tengok muka & mata makcik itu lain. Saya perasan bila saya tenung dia, dia buat-buat tengok telefon. Selepas itu anak saya mengamuk teruk & meracau-racau dlm hospital. Kami pun kalah, memang kuat kudrat dia. Macam tak percaya sebab anak kami tak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini. Doktor terpaksa beri ubat tidur untuk kali kedua. Itupun anak msh mengamuk sehinggalah dia tertidur sendiri.

dlm perjalanan pulang, saya ajak suami singgah di Pusat Perubatan Islam (PPI). Saya ceritakan semua pd ustaz PPI. Selepas anak dirawat, ustaz cakap ada ‘benda’ ikut anak & ‘benda’ itu bertuan, macam saka. Nak menangis bila saya dimaklumkan mengenai perkara itu. Betullah naluri kami, sebab anak kami tak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini. 

yg paling menyakitkan hati bila anak saya dah meracau & mengamuk, makcik itu tak ada pula nak pujuk. Dia buat tak tahu saja, kemudian buat-buat tanya kenapa anak jadi begitu. 

Manusia rambut sama hitam tapi hati ada yg jahat. Cara macam itu pun boleh nak lepaskan ‘belaan’. Kalau masa dapat diputarkan, memang kena makcik itu. Geram, kasihan pd anak. Alhamdulillah anak pun dah okey. Ustaz itu kata, mujur kami bawa anak berubat dgn kadar segera. 

Selepas hati kena berhati-hati jika ada orang tegur. Jangan pandang mata mereka sewaktu bersembang. 

GruGru

‘Anak mengamuk & meracau selepas didukung makcik itu, rupanya dia lepaskan ‘saka’ pd anak kami’ | sentot | 4.5