‘Anak saya ketakutan, lelaki itu tiba-tiba mengajaknya masuk ke rumahnya’

17 February 2017 | 9:18 am

SETAPAK, KUALA LUMPUR – Hanya kerana bimbang akan keselamatan anak perempuannya, seorang wanita cedera di bahagian muka & beberapa bahagian badan yg lain akibat ditumbuk jirannya. 

dlm kjadian jam 5.40 petang, Rabu di Bandar Baru Wangsa Maju Seksyen 1, Setapak, mangsa, Rina, ditumbuk sebanyak tiga kali & kjadian itu turut disaksikan oleh beberapa jiran yg lain. 

Sebelum kjadian itu, Rina yg berada di rumah pelik dgn kelakuan anak perempuannya, Nurul, 9, yg datang berjumpa dengannya dlm keadaan ketakutan.

“Setelah bertanya, anak saya beritahu dia telah diajak oleh seorang jiran lelaki berusia lewat 40’an bernama Din masuk ke dlm rumah lelaki itu di tingkat 5, di atas rumah kami.

Kenapa panggil anak saya naik rumah? Siapa ada di rumah? 

“Kemudian saya telah pergi berjumpa dgn lelaki tersebut di hadapan rumahnya untuk bertanya, kenapa dia mengajak anak saya masuk ke dlm rumahnya. Tetapi lelaki itu tiba-tiba marah & bertindak menumbuk saya sebanyak tiga kali,” kata Rina (berdasarkan laporan polis yg dibuat). 

Akibat dr kjadian itu, mangsa terjatuh beberapa kali & sakit di bahagian muka, tangan & belakang badan. 

Bimbang dgn keselamatan diri & anak-anaknya, mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. 

Menurut Rina, kjadian itu menjadi pengajaran untuk dia & anak-anak agar lebih berhati-hati di masa akan datang. 

“Sebelum bertindak, hati terdetik perkara buruk akan berlaku. Tetapi demi mengelak kjadian berulang, saya gagahkan diri. 

“Adat orang bersalah akan buat marah-marah, menjerit-jerit agar mangsa menjadi kaku & tak melawan & mula menggunakan kekerasan bila sudah tak dapat lagi disembunyikan kesalahan & menakut-nakutkan mangsa,” katanya. 

Justeru, Rina berharap masyarakat sentiasa peka & mengawasi anak masing-masing mahupun anak kpd jiran tetangga. 

“Pemangsa tak mengenal siapa mangsa. Mereka hanya tunggu peluang di masa kita semua leka & tak peduli,” katanya. – The Reporter

GruGru

‘Anak saya ketakutan, lelaki itu tiba-tiba mengajaknya masuk ke rumahnya’ | sentot | 4.5