Anak selesema tapi tak nak makan ubat? Cuba rawat guna bawang

16 February 2017 | 9:16 am

Memberi kanak-kanak makan ubat sama ada dlm bentuk sirap adalh sesuatu yg mencabar. Jika mereka buang atau tumpahkan ubat sirap tersebut, secara automatik ibu bapa menyinga seketika. 

Jadi, bagaimana cara mengatasi masalah anak tak suka makan ubat ini? Mungkin anda boleh cuba petua menggunakan bawang merah ini. 

Anak selesema, tapi tak mahu makan ubat? Saya kongsikan sedikit tips bagaimana cara nak mengatasi masalah ini. 

Sejak dr lahir, Hana Humaira memang tak boleh menelan ubat. Buatlah apa cara sekalipun, mesti dia akan luakkan semula. Maka bermulalah perjalanan kami mencari alternatif lain. 

Alhamdulillah, kami menemui beberapa kaedah. Di antaranya adalh seperti gambar di bawah. Kaedah ini yg saya gunakan untuk merawat selesema anak. 

Caranya, hiriskan beberapa biji bawang merah. Letakkan di tempat yg terbuka & letakkan di dlm bilik. 

Kata doktor yg merawat Hana, badan manusia ini Allah sudah sediakan satu mekanisma yg akan membuang benda yg tak elok. Mukus yg keluar tadi membawa kuman yg tak elok dr dlm badan. Tetapi sekiranya udara yg disedut masuk jg membawa kuman yg tak elok, maka mukus (selesema) tadi tak akan berhenti. 

Peranan bawang yg dihiris tadi adalh sbg vacum pembersihan udara secara semulajadi. Jadi Hana akan sedut udara yg bebas dr kuman & proses pembersihan kuman dlm badan akan berjalan dgn lancar. 

Biasarkan kurang dr 48 jam, Hana akan kembali pulih. Selamat mencuba & semoga bermanfaat. 



GruGru

Anak selesema tapi tak nak makan ubat? Cuba rawat guna bawang | sentot | 4.5