Anda boleh jimat RM10,070 setahun jika rela berpanas/berhujan dgn menggunakan motosikal

25 February 2017 | 5:20 am

Besar sgt ke gaji doktor? 

1. KENDERAAN

Hampir empat bulan saya berulang alik dr rumah ke hospital dgn motosikal. Jaraknya lebih kurang 10 kilometer. Kadang-kadang terpaksa berhenti di tepi jalan untuk pakai baju hujan. Maklumlah musim tengkujuh, boleh dikatakan setiap hari hujan. 

Pernah sekali MO menyapa, “Rumah kau kat mana? Semalam aku nampak kau naik motor, balik kerja.” 

“Rumah di Gong Badak,” jawab saya. 

“Tak sejuk ke naik motor, waktu hujan?” soalnya lagi. 

“Dah biasa,” dlm hati kecil menjawab, dgn naik motosikallah saya dapat menyimpan. 

Jom kita buat kira-kira beza naik motor & kereta. 

MOTOSIKAL (KOS SETAHUN)

Ansuran: RM1,800 (RM150/sebulan)

Petrol: RM 360 (RM30/sebulan)

Servis: RM360 (RM30/sebulan) 

Roadtax: RM30 

Jumlah setahun: RM2,250

KERETA MYVI (KOS SETAHUN) 

Ansuran: RM6,600 (RM550/sebulan)

Petrol: RM2,400 RM(200/sebulan)

Servis: RM750/setahun

Roadtax: RM770/setahun

Tol: RM1,560 (RM130/sebulan)

Lain-lain: RM240/setahun

Jumlah setahun: RM12,320

*Kiraan tol untuk negeri tertentu

Anda boleh jimat RM10,070 setahun jika anda rela berpanas & berhujan dgn menggunakan motosikal. Nak lebih jimat, pinjam motosikal ayah atau beli motosikal secondhand secara tunai. 

Jika anda sgt-sgt memerlukan kereta, belilah kereta yg tak terlalu membebankan anda. Berapa harga kereta yg sesuai?

Gaji sebulan x 12 bulan

RM4,600 x 12 = RM55,200

2. BEKAL

Beberapa kali saya ditegur jururawat. “Doktor memang tiap-tiap hari bawa bekal ke?” 

“Ye kak, bekal simple-simple saja. Janji tak lapar,” jawab saya. 

“Jarang dah sekarang saya nampak orang banyak bekal macam doktor,” katanya lagi. 

Mindset penjawat awam lebih suka makan di kedai atau bungkus makanan. Padahal kalau bawa bekal. anda boleh berjimat hampir RM200-RM300 sebulan kalau anda rela bersusah sikit untuk sediakan bekal. Lagipun makanan di kedai belum terjamin kebersihannya. 

3. TEMPAT TINGGAL

Sebelum memilih hospital mana perlu bertugas (khas untuk HO), anda perlu merancang di mana anda hendak tinggal. Sebaiknya pilihlah hospital yg paling hampir dgn rumah anda. Anda boleh jimat hampir RM500-600 sebulan jika tak menyewa. 

KESIMPULAN

Status sbg doktor bukan bermakna anda mesti berkereta mewah, berpakaian jenama mahal, makan di kedai hipster, ada iPhone 7S, tinggal di kondominum, sering melancong ke luar negara kerana hakikatnya gaji doktor tak banyak mana pun. 

Kalau tak pandai merancang, tak sampai hujung bulan pun dah pokai. Dah bekerja bertahun-tahun pun msh tak mampu beli rumah duit gaji cukup bayar kereta & perbelanjaan bulanan. 

Jangan terperdaya dgn status! Berbelanjalah di bawah kemampuan anda, bukan berbelanja mengikut kemampuan. Mudah kata, gaji doktor tapi berbelanja seperti orang Bangladesh! Haha! 

Jika sudah berkahwin, sebaiknya anda duduk berbincang dgn isteri anda tentang halatuju perancangan kewangan & ‘exit plan’. Tanpa sokongan isteri anda, sgt sukar untuk anda mencapai hasrat anda. 

Terima kasih kpd Ummu Umar yg selama ini menyokong penuh & rela mengikat perut bersama. 

GruGru

Anda boleh jimat RM10,070 setahun jika rela berpanas/berhujan dgn menggunakan motosikal | sentot | 4.5