‘Apa hak Hazama untuk pakai fesyen celoreng?’ kata RSATM – Salah peniaga atau pembeli?

13 February 2017 | 4:19 am

KUALA LUMPUR – Sehingga kini msh belum ada sebarang reaksi dr Mentor Milenia 2017, Hazama atau nama penuhnya Hazama Ahmad Azmi mengenai ‘hak pakai fesyen celoreng’ yg dibangkitkan oleh Rakyat Sokong Angkatan Tentera Malaysia, semalam. 

Terdahulu, laman berkenaan mendakwa Hazama tak peka & tindakannya memakai baju celoreng tentera itu boleh menguris perasaan pesara & anggota tentera yg msh berkhidmat kerana pakaian celoreng itu melambangkan maruah mereka.

Meskipun kesal dgn tindakan Hazama, laman berkenaan menasihatkan jika penyanyi itu berminat mahu memakai baju celoreng tentera, perlulah menyertai Askar Wataniah. 

Berfesyen tak Kena dgn Gaya. Apa Hak Anda Untuk Pakai Fesyen Celoreng???

msh ada lagi manusia yg tak peka…
Posted by Rakyat Sokong Angkatan Tentera Malaysia on Sunday, 12 February 2017


Status kekesalan laman berkenaan viral di media sosial & telah dikongsi 3,448 kali oleh pengguna Facebook. Namun ada segelintir netizen yg menyuarakan pandangan bahawa adalh tak wajar menyalahkan Hazama dlm hal ini. 

“Orang awam pakai baju celoreng sebab orang awam bangga dgn askar yg mempertahankan negara & tiada niat untuk menjatuhkan mana-mana askar. Tolonglah, kita tak perlu bergaduh disebabkan perkara ini. Kita satu bangsa, satu negara,” kata Shaheizy Syamsul. 

“Buat abang-abang & kakak-kakak tentera, jangan salahkan si pemakainya. Salahkan si pembuatnya. Kami pun minat dgn tentera cuma kami tak layak saja sebab tak cukup tinggi & sado. Hanya mampu pakai baju tentera buatan di pasaran saja. Kami sayang tentera & jangan kecam kami,” kata Adiana Rabani. 

Bagaimanapun, di dlm Seksyen 140 menyatakan, adalh satu kesalahan bagi orang awam memakai apa-apa pakaian yg menyerupai askar dgn niat supaya boleh dipercayai bahawa ia adalh seorang askar. Jika didapati bersalah, boleh dipenjara selama tiga bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali. – The Reporter



GruGru

‘Apa hak Hazama untuk pakai fesyen celoreng?’ kata RSATM – Salah peniaga atau pembeli? | sentot | 4.5