‘Apa yg dia tulis itu tak betul & fitnah’ – Suami

11 February 2017 | 11:46 am

PASIR GUDANG, JOHOR – “Apa yg dia tulis itu tak betul. Lebih-lebih lagi fitnah mengenai kami sudah menjalinkan hubungan seks,” kata Mohamad Kasiren, 23, menafikan dakwaan Nurul Hidayu yg viral di media sosial sejak semalam. 

Lapor laman My News Hub,  Kasiren mengakui menjalinkan hubungan cinta dgn pelajar tingkatan tiga itu semenjak empat bulan lalu hanya sekadar suka-suka sahaja memandangkan dia tertekan dgn masalah rumah tangga yg dihadapi. 

“Saya akui bercinta dgn gadis itu tetapi hanya sekadar suka-suka kerana saya tertekan dgn masalah rumah tangga. 

“Saya berkawan dgn perempuan itu pun, saya berjumpa dgn ibunya untuk meminta izin. Bukannya main angkut bawa ke mana-mana. Saya jg bukan kaki perempuan seperti yg didakwa Nurul Hidayu,” katanya. 

Jelas Kasiren lagi, sepanjang perkahwinannya dgn Nurul Hidayu, dia seperti menjadi orang suruhan & selalu dimarahi isterinya selain mengongkongnya sehingga menyebabkan dia kehilangan kawan-kawan & keluarga. 

“Sepanjang perkahwinan, saya menjadi babu (orang suruhan) & selalu dimarah. Dia jg ikat saya hingga menyebabkan saya hilang kawan-kawan & keluarga. Dia jg maki emak saya binatang. 

“Pendek kata, hubungan kami sudah mula bermasalah sejak awal perkahwinan lagi. Banyak lagi aibnya namun adalh lebih baik saya tak dedahkan,” katanya. 

Difahamkan, pasangan terbabit sdg dlm proses penceraian selepas Nurul Hidayu memfailkan fasakh pd Isnin lalu. 

Susulan viral tersebut, Kasiren telah membuat laporan polis di Balai Polis Scientex, jam 9.58 malam semalam. Laporan polis itu dibuat kerana Kasiren tak berpuas hati dgn tindakan isterinya yg didakwa sengaja mengaibkan dirinya di media sosial. 

Meskipun hanya bekerja sbg mekanik & berniaga secara sambilan, Kasiren jg turut menyatakan kesanggupannya untuk menjaga anak pertama mereka yg kini berusia dua bulan. – The Reporter

Artikel berkaitan:

GruGru

‘Apa yg dia tulis itu tak betul & fitnah’ – Suami | sentot | 4.5