Awak Dah Sedap Ratah Tubuh Saya Senang-Senang Nak Putus? Siap Rakam lagi – Luahan Cikgu Sekolah

Intro

GruGru – Hakikat yg tidak dapat disangkal, saya tahu setiap rumah tangga ada dugaannya. Saya sudah berumah tangga selama 9 tahun & dikurniakan 2 orang cahaya mata

Pda Oktober 2015, saya diuji dlm alam rumah tangga. Suami tersilap langkah & dia berterus terang dnegan saya kerana tidak sampai hati menipu saya lagi.

Suami berlaku curang pda saya. Dia berkenalan dgn seorang perempuan dlm permainan Conflict of Clan. Setelah sebulan berkenalan secara on-line, mereka berjumpa buat pertama kalinya mereka terlanjur.

Perempuan itu seorang guru tadika, janda anak dua. Menurut suami, perempuan itu yg mengajaknya ke rumah & membuka pakaiannya sendiri. Selang dua hari mereka terlanjur, suami rasa tidak tenteram & disebabkan itu dia mengambil keputusan utk berterus terang pda saya. Selain itu, dia jg telah memutuskan hubungan dgn perempuan berkenaan.

“Kenapa abang cari perempuan lain? Saya tak cukup ke bagi abang selama ini? Saya layan abang tak cukup baik ke?” soal saya pda dia.

“Tak, semuanya cukup. Abang mengaku abang tersilap langkah,” jawabnya.

Hari itu, hati saya terasa hancur berkecai. Saya minta suami lepaskan saya tetapi dia tidak mahu berbuat demikian & merayu agar memberikannya peluang kedua.

“Kalau abang boleh putarkan masa, abang takkan buat perkara itu. Tetapi tak boleh,” dia merayu & menangis di depan saya.

“Abang lepaskan saja saya,” saya ulang sekali lagi & dia merayu berkali-kali.

“Kalau tak nak maafkan abang, tak apa. Tetapi jangan tinggalkan abang. Fikirlah demi anak,” katanya.

Awak Dah Sedap Ratah Tubuh Saya Senang-Senang Nak Putus? Siap Rakam lagi – Luahan Cikgu Sekolah | sentot | 4.5