Bahaya Virus Zika – Mula Menular Di Malaysia – Info

1 September 2016 | 7:27 am

Kes Virus Zika pertama secara rasmi di Malaysia. Sila ambil perhatian.  Mungkin ada dlm kalangan kita yg sebenarnya sudah dijangkiti Virus Zika, namun cukup sekadar penelan panadol untuk beberapa hari. Atau ke klinik swasta atau klinik kesihatan & dirawat sbg demam biasa sahaja.

Bahaya Virus Zika

Segera membuat pemeriksaan kesihatan sekiranya anda demam!

Kenyataan Rasmi KKM – Kes Pertama Virus Zika

KENYATAAN AKHBAR MENTERI KESIHATAN MALAYSIA – KES VIRUS ZIKA PERTAMA DI MALAYSIA 1 SEPTEMBER 2016

pd 29 Ogos 2016, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat pengumuman agar pelawat yg telah menziarahi negara-negara yg melaporkan kes Zika & mengalami simptom jangkitan ini untuk tampil membuat pemeriksaan lanjut.

Berikutan daripada itu, KKM telah menerima laporan satu kes yg disyaki dijangkiti virus Zika pd 31 Ogos 2016. Pesakit merupakan seorang wanita berumur 58 tahun yg menetap di Bandar Botanic, Klang, Selangor & merupakan ibu kpd pesakit yg disahkan dijangkiti Zika di Singapura. Pesakit bersama suaminya telah melawat anaknya di Singapura pd 19 Ogos 2016 & pulang ke Malaysia pd 21 Ogos 2016.

Pesakit mula mendapat gejala ruam pd 28 Ogos & pd 30 Ogos 2016, pesakit telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Klang. Memandangkan pesakit mempunyai sejarah melawat ke Singapura & anak perempuannya yg berada di negara tersebut telah disahkan dijangkiti virus Zika pd 30 Ogos 2016, maka Pengamal Perubatan swasta berkenaan telah mendiagnosa pesakit sbg “disyaki kes Zika”.

pd hari yg sama pesakit dirujuk ke Hospital Sungai Buloh & hasil pemeriksaan ujian kencing pesakit untuk PCR pd 31 Ogos 2016, adalh positif untuk Zika virus. Manakala ujian darah pesakit msh menunggu keputusan.

Punca jangkitan disyaki berlaku di Singapura yg mana hari pesakit mula mengalami tanda-tanda Zika adalh sama hari dgn anaknya mula sakit di Singapura. Suami pesakit & ahli keluarga yg tinggal serumah bersamanya, sehingga kini msh belum menunjukkan simptom jangkitan Zika. Bagi tempoh 21 hingga 28 Ogos iaitu sekembalinya pesakit dr Singapura, pesakit telah melawati beberapa kawasan di daerah Klang & Kuala Lumpur.

Hasil siasatan kes ini, KKM telah pun memulakan kawalan vektor di kawasan kediaman kes & tempat-tempat yg telah di lawati oleh pesakit. Aktiviti kawalan yg dilaksanakan termasuk, menghapuskan tempat pembiakan Aedes, larvaciding & semburan kabus. Di samping itu, kontak terdekat pesakit diperiksa & dipantau sama ada mereka mengalami demam atau simptom Zika yg lain.

Maklumat yg diperolehi daripada Kementerian Kesihatan Singapura, terdapat 5 rakyat Malaysia yg menetap & bekerja di Singapura jg disahkan dijangkiti virus Zika. Bagi tempoh 27 sehingga 31 Ogos 2016, telah terdapat 115 kes dilaporkan di Singapura. Oleh kerana perebakan jangkitan virus Zika adalh cepat, pemantauan & aktiviti pencegahan Aedes di teruskan serta tingkatkan  di semua negeri terutama negeri Johor & Selangor.

Rakyat Malaysia, perlu fokus kpd membersihkan tempat-tempat pembiakan Aedes, melindungi diri mereka dr gigitan nyamuk Aedes & mendapatkan pemeriksaan awal sekiranya terdapat tanda-tanda seperti demam, ruam & conjunctivitis.

Kes pertama Zika yg dilaporkan ini, menunjukkan bahawa mudah untuk dijangkiti virus ini dgn melawat tempat yg mengalami wabak seperti Singapura. KKM sekali lagi menyeru kpd mana-mana individu yg telah melawat negara yg mempunyai jangkitan Zika, untuk tampil membuat pemeriksaan segera apabila mereka mengalami simptom seperti di atas.

Tindakan proaktif masyarakat dapat menghentikan sebaran virus Zika di Malaysia. Tiada Aedes: Tiada Zika, Denggi & Chikungunya.

YB DATUK SERI DR. S.SUBRAMANIAM
MINISTER OF HEALTH MALAYSIA
1st September 2016

Zika Itu Demam Biasa Sahaja Simtomnya (Dr Syamirullah Rahim) 

Ketika negara Singapura melaporkan kjadian kes pertama local transmission Zika beberapa hari lalu, saya tak terkejut. Namun apabila hari seterusnya kerajaan Singapura melaporkan 40 orang lagi disahkan positif zika, & yg terbaru 36 orang lagi di sana turut disahkan zika, maka ada sesuatu yg membimbangkan di situ.

Jangkitan zika ini, biasa sahaja. Mild viral infection. Symptom nya hanyalah menyerupai demam virus yg biasa. Malahan, demam nya pun tak terlalu tinggi suhunya. Diikuti dgn ruam-ruam & mata kemerahan. Sekadar itu sahaja. Kerana itulah, statistik menunjukkan 80% kes Zika adalh asymptomatik. Bermaksud tiada tanda, & kalau ada pun, terlalu “subtle” sehingga penghidapnya tak sedar & perasan pun.

Orang yg dijangkiti Zika, tak sedar bahawa dia dijangkiti Zika. Dia mungkin beranggapan ianya hanyalah demam biasa.

Itulah yg berlaku kpd kes pertama local transmission di Singapura beberapa hari lalu. “Local transmission” bermaksud, pesakit tersebut tak PERNAH travel atau berada di mana-mana negara Zika. dlm menangani penyakit berjangkit, kita di pihak kesihatan sgt mementingkan sejarah perjalanan pesakit (travelling history).

sbg contoh, denggi. Sesiapa yg pernah menghidap denggi, pasti akan ingat bahawa doktor selalu akan bertanya,

  • “Encik ada travel ke negeri-negeri lain ke seminggu dua ini?”
  • “Kawasan tempat tinggal encik ada sembur asap fogging ke?”
  • “Ada orang lain ke di kawasan kejiranan encik yg dijangkiti denggi?

Sejarah di mana pesakit berada adalh penting ke arah suspicioun kita khasnya melibatkan penyakit berjangkit. Begitulah halnya jg dgn zika. Selama ini kita hanya memberi tumpuan kpd individu yg ada sejarah travelling ke Rio, ke Amerika Selatan, ke negara-negara disahkan dijangkiti Zika.

Tetapi kes local transmission di Singapura ini membuktikan bahawa Zika sudahpun bertapak. Pesakit tersebut tak pernah travel ke negara-negara lain. Tetapi beliau tetap dijangkiti Zika.

Menariknya, pesakit ini bukannya mempunyai simtom yg serius pun. Beliau hanya mengalami demam, ruam & mata kemerahan. Lalu beliau ke klinik swasta, yg mana klinik swasta ini merujuk beliau ke hospital penyakit berjangkit khas.

Hanya di hospital ini, barulah beliau disahkan positif Zika. Menarik lagi, hanya selepas beliau disahkan positif zika, barulah pihak berkuasa kesihatan melakukan contact tracing. Iaitu pasukan kesihatan berkunjung ke kawasan tempat tinggal beliau & mencari sendiri, siapa lagi ada mempunyai simtom-simtom seperti demam dsb. Bila dicari sedemikian, barulah dijumpai lebih 40 orang lain yg mempunyai tanda-tanda yg sama, turut POSITIF zika.

Pendek kata, kalau tak disebabkan patient zero iaitu wanita berusia 47 tahun ini, mungkin pihak berkuasa tak pernah sedar wujudnya local transmission of zika ini.

Saya secara peribadi beranggapan, zika sebenarnya sudah ada di Malaysia. Cuma kita msh belum dapat mengesannya sahaja. Mungkin ada dlm kalangan kita yg sebenarnya sudah dijangkiti Zika, namun cukup sekadar penelan panadol untuk beberapa hari. Atau ke klinik swasta atau klinik kesihatan & dirawat sbg demam biasa sahaja.

Bahaya Virus Zika

Habis, kenapa kita risau sgt dgn zika ini? Penyakit Zika, dikaitkan dgn microcephaly. Kita dapati apabila seseorang ibu mengandung atau didapati mengandung dlm keadaan dijangkiti virus Zika, virus tersebut akan menyerang janin didalam kandungan.

Kesannya, bayi didalam kandungan berisiko tinggi menghidapi microcephaly. Iaitu saiz otak yg lebih kecil dr kebiasaan. Bayi yg menghidapi microcephaly, dikaitkan dgn pelbagai masalah ketika membesar kelak. Antaranya seperti masalah sawan, dwarfism (kerdil), kegagalan untuk bertutur atau melakukan aktiviti-aktiviti seperti memegang, berjalan dsb.

Komplikasi microcephaly ini mungkin boleh dikesan ketika kandungan, namun boleh jg hanya dikesan apabila setelah bayi dilahirkan. Ibu-ibu yg dijangkiti Zika, tak mengetahui bahawa diri mereka dijangkiti Zika. Sedar-sedar bila anak dilahirkan, mempunyai masalah microcephaly, yg bila kita lakukan test screening barulah dikesan rupanya dijangkiti Zika ketika dlm kandungan.

Atas sebab itulah, saya secara peribadi, melihatkan situasi Zika di negara jiran yg semakin meruncing, tak menolak kemungkinan bahawa Zika sebenarnya sudah ada di Malaysia. Bahkan mengambilkira populasi & kepadatan negara Singapura, kemungkinan sebenarnya situasi Zika di negara kita lebih buruk lagi. Cumanya kita msh belum mengesan “patient zero” kita.

Langkah Berwaspada

Tentulah, kita msh bertindak secara berhati-hati & kita tak mahu menimbulkan panik yg tak perlu (unnecessary panic). Saya secara peribadi menasihati jika ada yg berhasrat untuk mendapatkan zuriat, ada baiknya hasrat tersebut ditangguh terlebih dahulu.

Gunakan kaedah perancang kehamilan buat masa ini. Setidak-tidaknya sehingga kita mendapat data yg lebih konkrit mengenai situasi Zika di negara kita (contohnya kawasan mana terlibat, negeri mana, berapa jumlahnya etc). Mungkin agak sukar khasnya kpd pasangan yg baru berkahwin, tentu tak sabar-sabar untuk bunting pelamin.

Namun saya, secara peribadi menasihatkan, untuk menimbang kekhuatiran yg ada mengenai Zika ini. Dikhuatiri, sepuluh bulan dr sekarang kita dapati ada peningkatan dr segi jumlah bayi yg dilahirkan menghidapi microcephaly pula.

Langkah Keselamatan Ibu Mengandung

Manakala kpd rakan-rakan pembaca yg sdg mengandung, InshaAllah, penyakit Zika walaupun serius kesannya, tetapi kita boleh berikhtiar untuk mengelaknya. Saya menasihatkan rakan-rakan yg sdg mengandung, agar sentiasa berwaspada.

Banyakkan memohon kpd Allah untuk melindungi diri & kandungan masing-masing. Sejahat-jahat makhluk Zika Virus ini pun, kita beriman bahawa setiap kudrat & mudarat yg ia ada adalh dr Allah & Allah jua yg boleh melindungi & merawat kita.

Banyakkan memakai pakaian labuh atau lengan panjang agar dielakkan dr digigit nyamuk. Elakkan pakaian berwarna gelap kerana pakaian gelap menarik perhatian nyamuk aedes. Pastikan rumah anda dilengkapi dgn ubat nyamuk &/atau kelambu. Elakkan keluar dr rumah pd waktu senja/maghrib contohnya ke pasar malam atau kedai makan dsb.

Pencegahan Zika & Denggi

Pencegahan kpd penyakit Zika ini bukan perkara baru. Se takut-takut kita dgn Zika, Zika tetap disebarkan melalui vektor nyamuk Aedes. Ada lah satu dua kes Zika di transmit secara sexual, namun ianya sgt sedikit dibandingkan transmission Zika melalui Aedes.

Nyamuk Aedes, bukannya benda baru di negara kita. Kita tahu, nyamuk Aedes membiak di persekitaran yg kotor & bertakung air. Sebersih-bersih negara Singapura pun ada begitu ramai dijangkiti Zika, inikan pula negara kita. Hihi.

Spesis yg sama menyebarkan denggi, turut menyebarkan zika. Denggi itu boleh membunuh. Manakala Zika, merosakkan zuriat.

Kita sudah berkempen sejak bertahun-tahun lampau mengenai pembasmian aedes. Namun sejauh mana keberkesanan kempen kita tersebut adalh menjadi persoalan, apabila saban tahun kes denggi semakin & semakin meningkat. & ianya menjadi mimpi ngeri kita apabila Zika pula come into the picture.

Marilah kita sama-sama memeriksa sekeliling rumah kita untuk mencari, dikhuatiri ada sarang-sarang Aedes yg mendedahkan kita kpd risiko Denggi & Zika ini. Tiada Aedes, Tiada Denggi, Tiada Zika.

“Jika malam datang menjelang, atau kalian berada di petang hari, maka tahanlah anak-anak kalian, kerana sesungguhnya ketika itu syaitan sdg bertebaran. Jika telah berlalu sesaat/sejam dr waktu malam, maka lepaskan mereka. Tutuplah pintu & berzikirlah kpd Allah, kerana sesungguhnya syaitan tak dapat membuka pintu yg tertutup. Tutup pula wadah/bekas minuman & makanan kalian & berzikirlah kpd Allah, walaupun dgn sekadar meletakkan sesuatu di atasnya, matikanlah lampu-lampu kalian.”(HR. Bukhari, no. 3280, Muslim, no. 2012)

GruGru

Bahaya Virus Zika – Mula Menular Di Malaysia – Info | sentot | 4.5