Bajet Universiti Dipotong RM1.046 Bilion (12.36 Peratus). Kenaikan Yuran IPTA Naik? Apa Kata Pensyarah, Pelajar, Ibubapa?

1 December 2014 | 5:00 am

Bajet Universiti Dipotong RM1.046 Bilion (12.36 Peratus). Kenaikan Yuran IPTA Naik? Apa Kata Pensyarah, Pelajar, Ibubapa?

Jikalau bajet pendidikan untuk IPTA bagi tahun ini sekitar RM 9,146,244,142. (RM9.146 bilion), tetapi berbeza bagi tahun depan

yuran universiti

Berdasarkan pembentangan Bajet Malaysia sebelum ini kerajaan terpaksa potong bajet pendidikan untuk IPTA sebanyak RM1,046,630,000 (RM1.046 bilion) iaitu bersamaan dgn 12.36 peratus daripada jumlah yg pernah diterima IPTA di Malaysia bagi Bajet Malaysia.

Apa sudah jadi?

Sektor pendidikan adalh pelaburan terbaik bagi sebuah pembangunan negara. Mengapa pula sektor pendidkan tinggi negara terpaksa “dirompak dananya”. Adakah ini satu lagi projek penjimatan yg cukup radikal menjelang tahun depan kelak?

Peruntukkan yg pernah diberikan sepanjang tahun ini sejumlah RM9 bilion bukanlah satu angka yg besar bagi pendidikan tinggi di Malaysia. Bertambah teruk lagi apabila jumlah bajet terpaksa dikurangkan lagi.

Senarai IPTA yg Dipotong Bajet Universiti Awam ?

  1. Bajet Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) – Potong 35.36 peratus
  2. Bajet Universiti Malaysia Kelantan (UMK) – Potong 35.08 peratus
  3. Bajet Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – Potong 23.78 peratus
  4. Bajet Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – Potong 17.34 peratus
  5. Bajet Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) – Potong 16.51 peratus
  6. Bajet Universiti Sains Malaysia (USM) – Potong 13.88 peratus
  7. Bajet Universiti Malaya (UM) – Potong 11.11 peratus
  8. Bajet Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) – Potong 19.17 peratus
  9. Bajet Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) – Potong 13.62 peratus
  10. Bajet Universiti Utara Malaysia (UUM) – Potong 9.33 peratus
  11. Bajet Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) – Potong 8.06 peratus
  12. Teknologi Mara (UITM) – Potong 2.55 peratus

Anda boleh semak senarai penuh seperti di bawah ini yg diperolehi semasa sesi perbahasan Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat baru-baru ini :

berita

  1. Berdasarkan semakan Berita Semasa, jumlah pelajar yg yg masuk belajar di IPTA terus meningkat seramai 39,999 pelajar iaitu bersamaan dgn 8.03 peratus
  2. dlm pd masa yg sama IPTA terpaksa berdepan dgn masalah dana yg terus dipotong daripada kerajaan Malaysia

Jadi apa agaknya pilihan yg ada pd pihak universiti?

  • Kenaikan yuran universiti naik melibatkan 538,077 mahasiswa dlm IPTA seluruh Malaysia? Atau….
  • Bajet penyelidikan & pembangunan universiti (R & D) seperti geran R&D & perkhidmatan pembelajaran (seperti peralatan makmal sains, jurnal sains dlm perpustakaan, lesen perisian komputer) terpaksa dipotong. Atau…
  • Atau kedua-duanya sekali.

Dijangkakan kenaikan yuran universiti naik (melibatkan yuran bukan akademik seperti yuran asrama, yuran pendaftaran & fi perkhidmatan) akan berlegar sekitar 18 peratus – 20 peratus bagi menampung jumlah kenaikan kemasukan pelajar & bajet IPTA yg dikurangkan

sdg dlm negara kita mengejar status negara berpendapatan tinggi, bajet IPTA terus “dirompak”. Sedangkan pendidikan tinggi universiti adalh antara batu loncatan yg cukup penting & merupakan sektor yg cukup kritikal bagi menjayakan hasrat kerajaan Malaysia menjelang tahun 2020.

Jikalau kerajaan Malaysia sanggup mengambil risiko melabur sehingga menangung hutang sejumlah RM42 bilion berserta kerugian tahunan sejumlah RM668.55 mengapa kerajaan tak berani melabur dlm sektor pendidikan tinggi negara sehingga sanggup mengurangkan belanja sejumlah lebih RM1 bilion?

grugru

Bajet Universiti Dipotong RM1.046 Bilion (12.36 Peratus). Kenaikan Yuran IPTA Naik? Apa Kata Pensyarah, Pelajar, Ibubapa? | sentot | 4.5