Baru sehari bekerja dah rembat duit restoran

17 February 2017 | 1:09 pm

BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG – Seorang lelaki mengaku tak bersalah di Mahkamah Majistret di atas pertuduhan menyamun sebuah restoran makanan segera yg viral di media sosial semalam, lapor Harian Metro. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, dlm kjadian 10 Februari lalu, suspek berumur 19 tahun yg baru sehari bekerja di restoran tersebut bertindak membuka tingkap kaunter pandu lalu dr dlm sebelum melarikan laci wang mesin tunai dgn dibantu oleh seorang rakannya yg menunggu di luar tingkap. 

Bagaimanapun, perbuatan mereka itu disedari pekerja lain lalu mengejar suspek yg melarikan diri dgn motosikal & berjaya ditahan tak beberapa lama kemudian. 

“Suspek terjatuh bersama laci wang tersebut, manakala rakannya berjaya melarikan diri. Suspek kemudian diberkas orang ramai yg berada di kawasan itu sebelum diserahkan kpd polis,” katanya. 

Ketika suspek dihadapkan ke mahkamah semalam, suspek mengaku tak bersalah & meminta untuk dibicarakan selepas dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. 

Bagaimanapun, suspek telah dibebaskan oleh mahkamah dgn ikat jamin RM3,000. – The Reporter



GruGru

Baru sehari bekerja dah rembat duit restoran | sentot | 4.5