‘Bayangkan kalau km lap tangan mereka buat kali terakhir, msh mahukah derhaka?’ – Cikgu Emmet

13 February 2017 | 2:36 pm

Hari ini saya buat ceramah motivasi Hipers bersama calon-calon UPSR 2017 & ibu bapa mereka. Saya cuba buat kelainan sedikit dlm slot sentuhan kalbu. Setiap murid dibekalkan sekeping tisu basah di pertengahan program. 

Waktu itu, mata anak-anak sudah berkaca & mengalir bening air jernih di pipi. Saat mereka ingin mengelap air mata, saya pun berkata,

“Jangan km lap tisu itu pd mata km. Tisu basah itu bukan untuk km. Pegang tangan ibu & bapa, cikgu mahu km gosok tangan ibu bapa km bersih-bersih.

Foto – Cikgu Emmet

“Lihatlah tangan itu yg menyuap km makan semasa km msh kecil. Tangan yg km lap itulah tangan ibu yg membuat susu untuk km, memimpin km ke sekolah, menyarung baju malah membasuh najis km semasa km msh kecil. 

“Tangan ayah km yg berdaki & berkedut itu yg mencari rezeki untuk makan anak-anaknya. yg bekerja keras membanting tulang untuk keluarga. 

“Bayangkan kalau km lap tangan ibu & bapa km buat kali terakhir, bagai memandikan jenazah mereka. Apakah km msh mahu derhaka?” soal saya. 

Foto – Cikgu Emmet
Foto – Cikgu Emmet

Maka berderailah air mata ibu bapa. Mereka berpelukan & menangis bersama-sama. Semoga air mata ini menyucikan hati anak-anak semua. 

Terima kasih kpd ibu bapa SK Engkilili No 1 kerana hadir & komited dlm program ini. Tahniah kpd Guru Besar Encik Ugil kerana mengambil langkah proaktif membina motivasi murid. Terima kasih jawatankuasa pengelola yg terdiri dr guru-guru dna AKP SK Engkilili No 1 yg melaksanakan motivasi ini. 



GruGru

‘Bayangkan kalau km lap tangan mereka buat kali terakhir, msh mahukah derhaka?’ – Cikgu Emmet | sentot | 4.5