Bayi 20 bulan nyaris diculik di taman permainan

28 February 2017 | 3:05 pm

KAJANG, SELANGOR – Seorang bayi berusia 20 bulan nyaris diculik seorang lelaki dipercayai warga asing di Klinik Sungai Chua, pagi semalam, lapor Harian Metro. 

dlm kjadian jam 11.30 pagi itu, bayi berkenaan yg sdg bermain di taman permainan yg terletak di hadapan klinik tersebut sebelum lelaki itu datang mendukungnya. 

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, ketika kjadian, ibu bayi berkenaan sdg menunggu giliran untuk pemeriksaan kandungannya. 

“Lelaki terbabit masuk ke ruang taman permainan & cuba melarikan bayi berkenaan. Bagaimanapun usahanya gagal selepas si ibu nekad mempertahankan anaknya. 

“Lelaki itu kemudian melepaskan bayi berkenaan sebelum keluar melarikan diri,” katanya. 

Siasatan lanjut sdg dijalankan & kes disiasat mengikut Seksyen 362/511 Kanun Keseksaan. – The Reporter



GruGru

Bayi 20 bulan nyaris diculik di taman permainan | sentot | 4.5