Beban Tugas Guru Sekolah Masa Kini Makin Bertambah (10 Jam Sehari), Kenaikan Pangkat tak Adil, Kemudahan sgt Terhad!

11 October 2013 | 1:30 am

Beban Tugas Guru Sekolah Masa Kini Makin Bertambah (10 Jam Sehari), Kenaikan Pangkat tak Adil, Kemudahan sgt Terhad!

Sebelum ini sudah ada isu & aduan masalah berkaitan guru seperti (DI SINI).

beban tugas guru

Kita akan mendengar permasalahan yg menimpa kalangan guru-guru hari ini, & tak mustahil kita mungkin akan terus mendengar permasalahan seperti ini ini pd masa akan datang selagi segala isu yg berkaitan guru-guru Malaysia hari ini tak diselesaikan secara tuntas.

Berita Semasa ada menerima aduan daripada kalangan guru termasuklah surat aduan terbaru yg dihantar kpd kami.

Antara isu-isu yg berbangkit adalh seperti :

  • Masa kerja guru, beban tugas guru yg semakin bertambah,
  • Pengetua/Guru Besar yg tak kompeten,
  • Sistem kenaikan pangkat yg tak adil
  • Kursus Upskilling guru
  • Situasi tempat kerja yg tak kondusif
  • Kekurangan peralatan ICT & ABM .

Beban Tugas Guru Sekolah : Surat Aduan Guru Malaysia

Suara rintihan atau isu para guru sering kedengaran sejak berpuluh tahun tetapi sehingga kini tak pernah selesai. Memang tak dinafikan ada tindakan penyelesaian diambil tetapi ianya banyak yg bersifat ad hoc & political. Berbagai kajian telah dijalankan oleh KPM sendiri misalnya tentang beban tugas guru tetapi penyelesiannya bukan mereka meringankan beban malah ditambahkan lagi beban kerja hingga lebih berganda. Lebih ironi lagi ialah tak ada satu badan atau kesatuan pun yg bertindak atau mewakili semua guru. sbg contoh NUTP & KGLM selaku kesatuan yg disertai oleh ramai guru hanya memperjuangkan guru-guru lepasan maktab sahaja.

Oleh kerana projek pensiswazahan guru, maka lulusan maktab telah dinaikkan status mereka secara ‘magic’ & automatic kpd siswazah. Laluan kenaikan pangkat guru bagi golongan mereka lebih mudah & pendek iaitu formula 8: 8: 5 berbanding dgn guru siswazah dgn formula ‘time-based’ 8: 8: 6: 3. Mereka jg berjaya’melangkah kepala’ guru-guru berijazah tulen walaupun yg ‘super senior’ dlm urusan kenaikan pangkat seperti menjadi GPK, pegawai di PPD, JPN, KPM & menjadi Pengetua. Lalu kesatuan-kesatuan ini terus menuntut keistimewaan mereka sbg siswazah pula dgn ‘mengabaikan’ lulusan siswazah yg sebenar.

dlm semua profesion, hanya keguruan sahaja yg tak ada ditetapkan masa kerjanya. tak ADA SATU PIHAK pun yg memperjuangkan hak-hak guru dlm hal ini. pd November 2012 kerajaan telah mengumumkan sistem waktu bekerja 9 jam untuk para guru dmn Pahang, Melaka, Johor & Sarawak telah menjadi negeri perintis selama enam bulan sebelum ianya diperluaskan ke seluruh Malaysia. Oleh kerana mendapat tentangan daripada pelbagai pihak & dr Kesatuan Guru, pd 28hb November 2012, Timbalan, Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan telah membatalkan perlaksanaan sistem ini.

Sebagaimana kerajaan pernah mengumumkan penghapusan yuran sekolah dlm bajet 2008, para ibubapa terpaksa membayar sejumlah wang yg berkali ganda dr jumlah yuran sekolah itu sendiri. Perkara yg sama berlaku pd masa kerja guru. Sebelum 2012, kebanyakan guru sekolah menengah harian biasanya balik pd jam 2.30 petang. Sejak awal 2012, terdapat pengetua yg mengarahkan guru bekerja sehingga jam 3 petang. Malangnya guru hanya balik pd jam 3 petang Itu hanya untuk satu atau kadang-kadang 2 hari sahaja dlm seminggu. Selebihnya mereka pulang sehingga lewat jam 6.00 petang.

Jadi secara puratanya guru bekerja selama 10 jam dr Isnin hingga Khamis. Ini belum diambilkira beban tugas guru yg dibawa pulang ke rumah.

Beban Tugas Guru & Masa Bertambah : Kesan-kesannya?

Secara teorinya minda para guru akan lega sebaik sahaja mereka keluar dr pintu pagar sekolah. Oleh kerana pulang lebih lewat, mereka akan berfikir tentang banyak perkara khususnya guru perempuan iaitu tanggungjawab pd suami & anak-anak. Ini mengakibatkan gangguan psikologi kpd guru dlm bentuk stress atau tension kerana beban kerja yg makin bertambah & tekanan kerana tak dapat melaksanakan tanggungjawab sbg suami/isteri secara normal.

Guru terpaksa berbelanja lebih membayar kpd ‘baby sitter’ setinggi RM15 bagi setiap tambahan 1 jam selepas jam 3 petang sebagaimana hari-hari biasa.

Apabila pulang sama (malah lebih lewat) dr waktu pejabat, jalanraya yg sesak pd ‘peak hour’ menyebabkan guru lewat sampai ke rumah. Solat Asar dilakukan di penghujung waktu.

Oleh kerana kami tiba lewat ke rumah, rutin kehidupan di luar kami hampir musnah. Jogging, bawa anak makan angin petang, berkebun & sebagainya sudah sukar untuk dilakukan.

Pengetua-pengetua yg berkursus di Institut Aminudin Baki (IAB) seolah-olah di ‘brainwash’ oleh IAB agar melaksanakan perjumpaan satu hari dlm seminggu dgn guru-guru semata-mata mahu mendengar celoteh KATUN mereka yg membosankan & tak berfaedah. Ironinya perjumpaan ini mengambil masa sehingga 3 jam. Kandungan perjumpaan berkisar sekadar mendengar motivasi dungu yg tak bermutu & meminta para guru berkongsi ilmu yg tak kami minta & hargai sama sekali. Perjumpaan/mesyuarat ini hanya boleh berakhir dlm masa 15 – 30 minit sahaja. Tetapi aduan rakan-rakan dr sekolah-sekolah yg lain adalh senada iaitu pengetua banyak cakap merapu & tak ada walaupun ‘basic skill’ dlm mengendalikan mesyuarat. Oleh itu para guru merasa tertekan duduk berjam-jam dlm mesyuarat.

Bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pula, guru memperuntukkan sekurang-kurangnya 2 jam bagi menyelesaikan beban tugas guru yg diberikan kpd mereka setiap minggu. Ini tak diambilkira masa yg digunakan oleh mereka dirumah. Seorang guru biasanya diberi dua (2) sehingga empat(4) kelas PBS.

Beban Tugas Guru (Kelemahan-kelemahan Sistem PBS)

Kemudahan ICT sekolah amat mendukacitakan. dlm sebuah sekolah yg purata bilangan gurunya ialah 80 orang, hanya ada dua(2) atau tiga (3) desktop sahaja. Oleh itu hampir SEMUA guru menggunakan laptop/harta mereka sendiri untuk menjalankan kerja kerajaan. Malangnya kerajaan sanggup bagi laptop percuma pd pelajar & membiarkan guru dlm kerumitan mereka sendiri. Hanya profesion guru sahaja di mana mereka terlalu banyak menggunakan wang & harta sendiri untuk buat kerja kerajaan.

Beban tugas guru tak terhenti setakat itu sahaja. Oleh kerana guru tak dibenarkan mencari pendapatan sampingan, mereka terpaksa meminjam untuk membeli laptop bagi melaksanakan tugas yg dibebankan kpd mereka. Harga laptop RM1500- RM2000., guna kad kredit atau hutang & bayaran bulanan sehingga RM60 sebulan.

Capaian internet/schoolnet yg amat lemah menyebabkan guru terpaksa guna streamyx atau broadband. Bayaran sebulan ialah dr RM48 hingga RM148 sebulan.

Peruntukan masa yg terlalu lama oleh guru untuk mendaftar pencapaian pelajar secara online (kerana capaian internet yg lemah) & pengurusan PBS yg lainnya menyebabkan mereka terpaksa melaksanakan sebahagian kerja ini di rumah. Sebagaimana yg pernah didedahkan dlm akhbar, kami terpaksa berjaga sehingga jam 3 atau 4 pagi untuk menyelesaikan lambakan beban tugas guru termasuklah kerja-kerja PBS.

Kesan kpd situasi ini ialah terjejasnya sistem rumahtangga & hubungan suami isteri sehingga membawa kpd pertengkaran. Masa yg selama ini dihargai dgn membelai anak-anak sudah berkurangan & berlaku pertelingkahan suami isteri kerana isteri (guru) terpaksa tidur lewat & mengabaikan anak/suami kerana PBS.

Kami pernah menghantar email kpd pihak Kementerian & NUTP tetapi respon mereka sekadar menyiasat sahaja & tiada tindakan. Nampaknya seolah-olah ada agenda yg tersirat dr KPM yg memang berhasrat untuk melaksanakan sistem kerja 9 jam secara senyap-senyap. Malangnya tak ada mana-mana badan yg berani menyuarakan keadaan ini. Sebenarnya perkara ini bukan sahaja berlaku di Kuantan malah seluruh Malaysia. Oleh yg demikian, kami amat berharap pihak tuan dapat melakukan sesuatu bagi kebaikan semua guru yg selama ini tak mendapat perhatian serius dr pihak yg berkenaan.

Apa kata kalangan guru sekolah di Malaysia sekarang mengenai isu beban tugas guru sekolah masa kini? Suarakan pendapat & masalah anda bersama di sini…

grugru

Beban Tugas Guru Sekolah Masa Kini Makin Bertambah (10 Jam Sehari), Kenaikan Pangkat tak Adil, Kemudahan sgt Terhad! | sentot | 4.5