Belajar diploma, tapi adab lepas makan langsung tak ada

21 February 2017 | 9:20 am

Bukan mau cakap apa, rata-rata yg ada di poli ini semuanya berusia 18 tahun ke atas. Tapi buat perangai teruk macam budak tadika. Tapi di tadika sekarang pun ajar selepas makan kena bersihkan tempat bagai. 

Tak kasihan ke pd makcik, pakcik yg kutip sampah & pinggan kau selepas makan? Memanglah kerja mereka tetapi tak ada sedikit pun rasa bersalah buat perangai macam ini? Makcik & pakcik itu lebih tua dr korang semua. 

Ada pelajaran ke, tak ada pelajaran ke, takkan tak tahu adab selepas makan? Cuba kau bayangkan kalau ibu bapa kau yg kutip sampah/pinggan itu. Tak rasa sedih? Tak rasa bersalah? 

Tolonglah berubah. Tahulah kau belajar & selepas ini dapat diploma tetapi adab kau tak setaraf diri kau yg ada diploma. Kalau nak kata tak ada tong sampah di sekitar kawasan ini, ada saja tong sampah disediakan di belakang pintu. 

Kalau nak kata meja & kerusi di kafeteria tak cukup untuk duduk, okay memang tak cukup & korang makan di atas lantai. Itu bagus, dah kira korang tak memilih. Tetapi adab selepas makan langsung tak ada. 

Kau bangga & senyum lebar, sedangkan makcik & pakcik yg kutip sisa kau itu, mereka lebih tua dr kau. Aku bukan baik sgt post tentang hal ini tetapi kau dah boleh berfikir sendiri. 

Kalau tak mampu letak di tempat yg betul, sekurang-kurangnya janganlah disepah-sepahkan. Apa yg kau nak tunjukkan dgn perangai macam itu? Nak tunjuk yg kau ada diploma & selepas ini boleh buat sesuka hati? 

Sebab itulah aku post sebab salah seorang dr korang aku kenal. Memang geng dress up bila pergi ke kelas. Taiko genji apa semua. Teringin nak tegur korang depan-depan, risau pula kalau ada di antara korang tak boleh menerima teguran. 

Bacalah, baca apa yg aku tulis ini. Semoga tuhan ‘balas’ apa yg kau dah buat. dgn perangai teruk macam ini, kau takkan kemana. 

Cuba kau renung muka makcik, pakcik yg bekerja itu. Tak kasihan ke? Tunjukkanlah rasa hormat sikit. Kalau tak ada rasa hormat langsung dlm diri itu, memang rugilah kau ada pelajaran. 

GruGru

Belajar diploma, tapi adab lepas makan langsung tak ada | sentot | 4.5