Berita Terkini Pesawat MAS Terhempas Di Sibu 8 April 2017

8 April 2017 | 4:16 pm

Berita terkini pesawat MAS MH2718 terbabas & hampir terhempas di Sibu Sarawak pd 8 April 2017. Sebuah pesawat Malaysia Airlines dgn kod penerbangan MH2718 dr Kuala Lumpur ke Sibu terbabas di lapangan terbang ketika mendarat cemas tepat pd jam 10.17 malam berpunca akibat hujan lebat serta tiupan angin kencang. Menerusi perkongsian salah seorang mangsa nahas tersebut, tiada kecederaan & kematian dilaporkan susulan insiden berkenaan. Difahamkan siasatan awal mendapati pesawat MH2718 terbabas dr landasan ketika mendarat & menggelongsor keluar dr landasan berikutan keadaan landasan licin.

Kenyataan Mangsa kjadian Pesawat MAS Terhempas Di Sibu 8.4.2017

Emergency Evacuation dlm hujan sebab landasan licin, kapal terbang terbabas ke padang bahagian tepi landasan. Syukur Alhamdulillah. Semua selamat. Priority saya, Ibu & Bapa saya. Mereka yg paling saya risaukan. Barang semua terpaksa ditinggalkan dlm kapal terbang. Semua panik, takut kapal meletup. Nasib baik tak terjadi.

Alhamdulillah kesemua kami (61 orang penumpang & 6 orang krew selamat). Allahu. Innalillahi wa innailaihi raji’un. Flight MAS MH2718 KUL – SBW.

Saksi- Mohd Nikman Bin Hashim

Detik Cemas Mangsa Pesawat MAS MH2718 Sebelum Terbabas

Cerita sebelum berlepas dr KLIA. Hati rasa x senang, tapi tak diendahkan. Dibiarkan jugak. Waktu naik flight, xda selera makan. Makan sikit jer, walaupun lapar. Paling tak senang, waktu nak mendarat, ada baby crying, non-stop. Waktu percubaan landing pertama, hati rasa x senang, sebab ada baby x stop menangis & hujan pulak lebat. Percubaan landing pertama gagal.

Percubaan kedua pulak dilakukan selepas lebih kurang 20 minit berlegar2 di ruang angkasa Sibu. Baby msh lagi x berhenti menangis. Masa nampak jer kapal terbang dah masuk landasan, hati terus berdebar-debar. Tak tau sebab apa. Masa dah touch down, nampak dr cermin, kapal terbang dah kat tengah-tengah landasan, tapi makin bergerak ke tepi & semakin ketepi.

Then nampak kapal terbang masuk ke padang sebelah landasan, bunyi kuat kat bahagian tayar, terus saya tunduk (posisi selamat) sambil mengucap. Allahu. Rasa macam dekat sgt dgn kematian.

Lepas kapal terbang berhenti, lega seketika, tapi terlintas di fikiran, macam mana kalau kebakaran?. (nauzubillah min zalik). Terus usaha nak cepat2 evacuate. Mak & bapak kat depan, saya hanya fokus kpd org tua, semoga tak terjadi apa2 pd mereka.

Alhamdulillah mereka selamat. Kami semua 61 penumpang & 6 krew selamat evacuate. Jelas mangsa dikenali sbg Mohd Nikman Bin Hashim.

Gambar Terkini Pesawat MAS Terhempas Di Sibu 8 April 2017

GruGru

Berita Terkini Pesawat MAS Terhempas Di Sibu 8 April 2017 | sentot | 4.5