‘Biar mereka menangis, jangan kita menangis’ – Sultan Johor

18 February 2017 | 4:44 am

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mencemar duli menziarah keluarga mangsa yg maut dirempuh kereta pagi tadi | Foto – Royal Press Office

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim menasihatkan ibu bapa agar menjaga & memantau anak masing-masing, lapor Harian Metro. 

“Saya sendiri sudah kehilangan anak & saya faham perasaan anda,” titah Sultan Ibrahim Iskandar selepas menziarah keluarga kanak-kanak & remaja yg maut dirempuh kereta dlm kjadian jam 3 pagi tadi di Jalan Lingkaran 2, Mahmoodiah hari ini. 

“Nasihat saya kpd semua, jaga & pantau anak-anak serta tegur mereka. Biar mereka menangis, jangan kita menangis,” titah baginda sebelum meninggalkan bilik mayat Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA). – The Reporter

ARTIKEL BERKAITAN:



GruGru

‘Biar mereka menangis, jangan kita menangis’ – Sultan Johor | sentot | 4.5