‘Biji hitam itu sebenarnya adalh darah beku, bukan kiraan kemampuan seseorang wanita itu mengandung berapa kali’ – Doktor

23 February 2017 | 2:06 am

Semalam viral di media sosial tentang bilangan biji hitam menyerupai ‘telur katak’ pd tangkai uri adalh bersamaan bilangan kebolehupayaan untuk mengandung. Pos tersebut mendapat 10K share, 15K komen & 4.6K like.

Saya rasa terpanggil untuk menulis apakah sebenarnya biji hitam itu & betulkah info viral tersebut. Boleh bantu share penulisan ini sehingga 10K share?

Tangkai uri (umbilical cord) menyambungkan antara ibu & anak dlm kandungan. Ia mempunyai 3 saluran darah iaitu 1 vena & 2 arteri.

Vena membawa darah yg mengandungi oksigen & nutrien dr ibu kpd anak kandungan. Arteri kemudiannya membawa darah yg ‘telah digunakan’ oleh anak kandungan kpd ibu semula untuk di’topup’.

Saluran darah ini berbentuk lingkaran (coil atau spiral). 1 lingkaran bermaksud 1 pusingan lengkap 360°. Jumlah lingkaran bergantung kpd berapa panjang tangkai uri & berapa rapat jarak antara lingkaran.

Ketika bersalin, selepas anak dilahirkan, 2 clamp akan diletakkan pd tangkai uri, & potongan akan dibuat di antara 2 clamp. Tiada rasa sakit kerana tangkai uri tak mempunyai saraf. Setelah clamp, peredaran darah dlm vena & arteri terhenti.

Apabila peredaran darah terhenti, mekanisma pembekuan darah akan diaktifkan & semua darah dlm saluran darah pd tangkai uri akan membeku.

Namun jumlah darah sepanjang saluran darah adalh tak sama, maka saiz & tona warna ‘biji hitam’ itu jg adalh berbeza. Sebab itu anda akan nampak beberapa tempat mempunyai ‘biji hitam’ atau darah beku yg lebih prominen (saiz lebih besar atau warna lebih gelap) berbanding yg lain.

Anda jg akan nampak ‘biji hitam’ ini berselang seli dgn ‘bahagian putih’, namun, jika anda pusing tangkai uri itu 180°, anda akan nampak ‘biji hitam’ di belakang ‘putih’ tadi kerana saluran darah ini berbentuk lingkaran. Jarak antara selang seli atau lingkaran ini tak sama kerana apabila uri berpisah dgn tubuh ibu, tangkai uri ini akan memanjang.

Seperti yg dinyatakan di atas, satu lingkaran ialah satu pusingan lengkap 360° atau secara ringkasnya adalh jarak antara 2 ‘biji hitam’ Jumlah lingkaran adalh tak sama antara individu kerana ia bergantung kpd berapa rapat jarak antara lingkaran & berapa panjang tangkai uri.

Tak percaya? Tengoklah tangkai uri selepas bersalin nanti. Pusingkannya 180° & 360° & anda akan nampak sebenarnya ‘bahagian hitam’ itu adalh sepanjang saluran darah & berbentuk melingkar atau spiral, cuma ia berbeza saiz, tona warna & jarak.

Mohon bantuan pembaca untuk share beramai-ramai supaya informasi ini tersebar luas.


Artikel berkaitan: 

GruGru

‘Biji hitam itu sebenarnya adalh darah beku, bukan kiraan kemampuan seseorang wanita itu mengandung berapa kali’ – Doktor | sentot | 4.5