Budak 8 Tahun Mati Di Malam Pertama Dgn Suami Berusia 40 Tahun

YAMAN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun meninggal dunia akibat pendarahan dalaman pda malam pertama perkahwinannya, dgn seorang lelaki lima kali umurnya.

Arwa Othman, ketua Dewan Rakyat Yaman & aktivis hak asasi terkemuka berkata, kanak-kanak itu yg hanya dikenali sebagai Rawan , telah berkahwin dgn seorang lelaki berumur 40 tahun lewat minggu lalu di bandar Meedi di wilayah Hajjah di barat laut Yaman.

“Pda malam perkahwinan & selepas melakukan hubungan badann, dia mengalami pendarahan & pecah rahim yg menyebabkan punca kematiannya ,” katanya kepada Reuters.

“Mereka membawanya ke klinik tapi doktor tidak dapat menyelamatkannya,” katanya lagi pda laporan Reuters.

Arwa berkata, pihak berkuasa tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap keluarga gadis itu atau suaminya. Seorang pegawai keselamatan tempatan di bandar wilayah Haradh menafikan kjdian tersebut. Dia tidak mahu dikenali kerana dia tidak diberi kuasa utk bercakap dgn akhbar.

Tetapi dua penduduk Meedi dihubungi oleh Reuters mengesahkan kjdian itu & berkata, ketua-ketua puak tempatan telah cuba utk menutup kjdian itu apabila berita itu tersebar. Banyak keluarga miskin di Yaman mengahwinkan anak-anak perempuan kecil utk menjimatkan kos membesarkan kanak-kanak & bagi mendapat wang tambahan dr mas kahwin yg diberikan kepada gadis itu.

Satu laporan PBB yg dikeluarkan Januari lalu mendedahkan tahap kemiskinan di negara itu , menyatakan bahawa 10.5 juta daripada 24 juta orang Yaman kekurangan bekalan makanan yg mencukupi, & 13 juta tidak mempunyai akses kepada air bersih & kebersihan asas.

Human Rights Watch (HRW) pda Disember 2011 menggesa kerajaan Yaman mengharamkan perkahwinan kanak-kanak perempuan di bawah umur 18 tahun. Memetik Bangsa-Bangsa Bersatu & data kerajaan, HRW berkata, hampir 14 peratus daripada kanak-kanak perempuan Yaman telah berkahwin sbelum umur 15 & 52 peratus sbelum umur 18 tahun. sumber:kakitrending.com

Budak 8 Tahun Mati Di Malam Pertama Dgn Suami Berusia 40 Tahun | sentot | 4.5