Buli: Polis buru 2 pelajar tingkatan 3

24 February 2017 | 2:10 pm

PETALING JAYA – Susulan kes buli si SMK Bandar Sri Damansara 2 semalam, polis kini sdg memburu dua suspek yg terlibat bagi membantu siasatan, lapor Harian Metro. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengurusan sekolah tersebut yg memaklumkan seorang pelajarnya cedera akibat dipukul dua pelajar perempuan tingkatan tiga. 

“Berdasarkan siasatan awal & percakapan saksi mendapati, berlaku perselisihan faham di antara mangsa dgn dua pelajar terbabit. 

“Akibatnya, salah seorang daripada dua pelajar perempuan terbabit menarik tudung mangsa hingga terjatuh, manakala rakannya memijak kepala serta menyepak bahu mangsa sehingga menyebabkan kecederaan. 

“Mangsa yg cedera di kepala & bahu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan & menerima empat jahitan di kepala,” katanya. 

Polis kini sdg giat mengesan dua suspek terbabit & kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, ibu kpd salah seorang suspek tampil mempertahankan anaknya & meminta orang ramai mengemukakan bukti sebelum menuduh anaknya terlibat dlm kjadian itu. Manakala di laman Instagram suspek pula memuat naik gambar mangsa dgn kapsyen berikut.

“Kalau memang betul ada salah I, cuba you tanya apa salah dia pula?”

Bagaimanapun, akaun Instagram milik suspek telah ditetapkan kpd ‘private’.  – The Reporter

Artikel berkaitan:



GruGru

Buli: Polis buru 2 pelajar tingkatan 3 | sentot | 4.5