Cara Mengesan Fake Levi’s Big E USA (khas untuk newbie saja)

8 March 2017 | 1:50 am

Artikel ringkas ini khas untuk newbie & tak sesuai untuk mereka yg sudah handal. 

Dua hari lepas, member terkena 501 Big E Fake. Hangus RM350. Seller pula, senyap terus! Lahabau punya makhluk!

Itulah sebabnya orang suruh tanya member yg lebih arif kalau item itu kau rasa was-was keasliannya. Jangan main beli semborono, kelak merana, duit hangus, nak pakai item itu pun dah rasa malu!

Kali ini aku kongsi empat cara mudah untuk detect fake. Tak minta banyak, cuma berharap kau tak terkena dgn malaun jual barang Fake pd harga pergi Mekah, balik hari. Sebelum itu, simpan dlm kepala ciri-ciri paling asas Levi’s 501 & Levi’s 505.

  1. Levi’s 501 – Pakai butang (kecuali 501ZXX) 
  2. Levi’s 505 – Pakai zip
  3. Kalau kau jumpa Levi’s 501 pakai zip, itu adalh Levi’s fake!
  4. Sama jg sebaliknya kalau kau jumpa 505 pakai butang, itu Levi’s fake!

Empat ciri-ciri di bawah mampu menyelamatkan kau dr menanggung kerugian:

1. TOP BUTTON

  • Original Big E Stamp 555,524,520,8,6,W,K,J dll. 
  • Top button Levis Fake biasanya distamp ‘501’. & sinar banar atau berkarat sgt. V stich pun lari (rujuk gambar)

2. PAI/REAR PATCH 501xx

  • Original warna koko muda atau warna kayu, sesetengah berminyak (era kain pasir 90’an)
  • Fake biasanya warna koko gelap, pai putih, warna seperti warna kayu tapi print atas kertas nya nampak murah.

3. TAG dlm/INNER TAG

  • Untuk Big E 501xx keluaran US era 1993 hingga 1998
  • Original punya lebar & sedikit pendek .
  • Fake punya tag yg kecil & panjang.

4. SELVEDGE (KEPALA KAIN) 501XX

  • Original, warna kepala kain putih padat & ada redline & tiada extra selvedge di atas poket syilling.
  • Fake biasanya kepala kain lebar & bergarisan merah atau biru & ada selvedge atas poket syilling. Sesetengah ada selvedge atas poket belakang.
  • Denim US punya Trademark tersendiri. Bagi yg dah biasa,memang sedia maklum. Tak perlu lihat tag bagai, tengok kain dah tahu negara origin.

Sebenarnya ada banyak sgt fake item gred A dr Siam era 98-2000, ramai yg sudah terkena. Jika ada offer 501 Big E, rajin-rajinlah bertanya dgn kawan-kawan. 

Next chapter, insyaAllah kita akan buat artikel mengenali ciri ciri Big E, Report/Pek, rindem, side dem, oren tag & single R.

Akhirnya kata, tak salah nak pakai fake atau ori. yg penting tahu nilai sesuatu barang. Tak semua orang mampu layan ori, tak semua orang sanggup pakai fake. Apapun, mati esok tetap pakai kepala kain. Ya kain kapan. Levi’s, levi’s jg, solat jangan tinggal ya!



GruGru

Cara Mengesan Fake Levi’s Big E USA (khas untuk newbie saja) | sentot | 4.5