Cara & Syarat Kelayakan Masuk MRSM Tingkatan 1 & 4 – Info

18 November 2016 | 2:25 pm

Berikut adalh cara memohon masuk & syarat kelayakan kemasukan MRSM untuk Tingkatan 1 & 4 di seluruh Semenanjung Malaysia.  MRSM merupakan antara sekolah berasrama penuh terbaik bagi pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran setelah tamat peperiksaan UPSR atau PT3.

Sehubungan itu, syarat kemasukannya jg agak ketat & pastikan anda cukup kelayakan umum untuk memohon kerana permohonan pasti tak akan dilayan sekiranya tak memenuhi walaupun satu syarat-syarat umum yg ditetapkan.

Selain itu tempoh masa permohonan jg terhad & pemohon perlu peka akan tarikh buka & tutup permohonan agar tak terlepas. Cara permohonan pula hanya melalui secara dlm talian (online)

Cara & Syarat Kelayakan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4

Syarat-Syarat Umum

Syarat Umum Kemasukan MRSM – Tingkatan 1
Berikut adalh syarat-syarat umum untuk Kelayakan Masuk Ke MRSM Bagi Pelajar Tingkatan 1 di Semenanjung Malaysia 

  • Pelajar & Ibu Bapa Mesti Warganegara Malaysia 
  • Permohonan ini terbuka kpd pelajar yg bersekolah di Semenanjung Malaysia:
  1. Pelajar Bumiputera tahun enam 
  2. Pelajar Bukan Bumiputera tahun enam yg sdg menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan 
  • Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 6A dlm Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 
  • Pemohon hendaklah menjawab Online Self-Assessment (OSA) dlm tempoh yg ditetapkan
  • Pemohon akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 yg akan diadakan di semua MRSM di Semenanjung Malaysia 
  • Semua pelajar tahun enam di Semenanjung Malaysia boleh membuat permohonan kemasukan ke tingkatan 1 MRSM sekiranya berminat dgn sistem pendidikan MRSM walaupun keputusan UPSR sebenar belum dikeluarkan 

Note: Hanya permohonan yg memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan selepas keputusan UPSR diumumkan selain mengambil kira keputusan Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) & syarat keutamaan lain

Rujukan: Syarat Umum & Tambahan Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 1 MRSM Semenanjung Malaysia 

Syarat Umum Kemasukan MRSM – Tingkatan 4
Berikut adalh syarat-syarat umum untuk Kelayakan Masuk Ke MRSM Bagi Pelajar Tingkatan 4 di Semenanjung Malaysia 

  • Pelajar & Ibu Bapa Mesti Warganegara Malaysia 
  • Permohonan ini terbuka kpd pelajar yg bersekolah di Semenanjung Malaysia 
  • Pemohon merupakan pelajar tingkatan 3 yg sdg bersekolah di sekolah menengah atau sekolah menengah kebangsaan (SMK) 
  • Pelajar yg sdg menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) & Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tak dibenarkan memohon & tak akan ditawarkan ke MRSM 
  • Memperoleh keputusan minimum 6A 4B dlm PT3 (tak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan & Pendidikan Kesenian). Gred A bagi mata pelajaran Matematik & Sains 
  • Pemohon jg perlu menjawab Online Self-Assessment bagi subjek Keperibadian & Bahasa Inggeris dlm tempoh yg ditetapkan di pautan (link) yg akan diberikan dlm cetakan borang permohonan 
  • Pemohon akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 4 yg akan diadakan di semua MRSM di Semenanjung Malaysia 
  • Semua pelajar tingkatan 3 di Semenanjung Malaysia boleh membuat permohonan kemasukan ke tingkatan 4 MRSM sekiranya berminat dgn sistem pendidikan MRSM walaupun keputusan PT3 sebenar belum dikeluarkan 

Note: Hanya permohonan yg memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan selepas keputusan PT3 diumumkan selain mengambil kira keputusan Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) & syarat keutamaan lain

Rujukan: Syarat Umum & Tambahan Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 4 MRSM Semenanjung Malaysia 

Info Terkini! 

Satu berita yg baik untuk ibu bapa & murid tahun enam UPSR 2016 yg msh lagi belum membuat permohonan untuk masuk ke tingkatan satu MRSM 2017.

Menerusi laman web MRSM, permohonan secara online kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 2017 telah dibuka semula mulai 18 hingga 20 November 2016.

Ini adalh susulan daripada pengumuman keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 baru-baru ini, MARA kini sdg meneliti semula syarat kemasukan ke Tingkatan Satu MRSM bagi sesi 2017.

Cara Mohon Masuk MRSM

Berikut adalh cara untuk permohonan masuk MRSM bagi Tingkatan 1 & 4 secara online.
1. Hendaklah mendapatkan kata laluan (percuma) terlebih dahulu
2. Kata laluan boleh didapati dgn mendaftarkan sbg pengguna untuk permohonan kemasukan MRSM menerusi sistem berikut:
3. Setelah berjaya mendapatkan kata laluan, pemohon boleh mula mengakses (log masuk) sistem borang permohonan online dgn menggunakan kata laluan tersebut melalui link berikut:
4. Isi & lengkapkan setiap maklumat yg diperlukan dlm borang permohonan tersebut

Untuk rujukan lengkap, anda boleh muat turun (download) panduan berikut (pdf file):

  1. Panduan Pengambilan Kata Laluan & Pengisian Maklumat Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1
  2. Panduan Pengambilan Kata Laluan & Pengisian Maklumat Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 4

GruGru

Cara & Syarat Kelayakan Masuk MRSM Tingkatan 1 & 4 – Info | sentot | 4.5