‘Dah makan, bayarlah!’ – Pelanggan sekeluarga lari, restoran rugi RM92.50

13 February 2017 | 9:32 am

AMPANGAN, NEGERI SEMBILAN – Sebuah restoran mengalami kerugian sebanyak RM92.50 gara-gara pelanggannya melarikan diri, Jumaat lalu. 

dlm kjadian jam 5.48 petang di Mokisq Banana Steak Hub, Shazleena Shamsul mendakwa pelanggannya itu telah merancang untuk makan tetapi enggan membuat pembayaran. 

“Mereka pergi seorang demi seorang tanpa membuat pembayaran. Mungkin silap dr pihak saya yg tak teliti dlm menjalankan tugas. Tetapi adalh tanggungjawab pelanggan untuk membayar apa yg telah dimakan. 

“Setakat RM10, RM20, kalau tak ada duit nak bayar, saya suruh cuci pinggan. Boleh bincang cara baik,” katanya. 

Shazleena redha & menganggap itu bukan rezekinya. Namun kesal pelanggan berkenaan mengambil tindakan sedemikian sedangkan apa yg dimakan tanpa dibayar itu akan menjadi darah daging. – The Reporter



GruGru

‘Dah makan, bayarlah!’ – Pelanggan sekeluarga lari, restoran rugi RM92.50 | sentot | 4.5