Demi pelajar, guru tetap sumbangkan ilmu walaupun terpaksa pikul beban tumor 10 kg

22 February 2017 | 12:58 pm

THAILAND – Meskipun terpaksa pikul beban seberat 10 kilogram di bahu setiap hari, namun keadaan itu tak menghalang seorang lelaki untuk menjalankan tanggungjawabnya sbg seorang guru. 

Watchara Nadee atau nama panggilan Kru Lek, disahkan menghidap kanser di bahu kanannya sejak setahun lalu. pd awalnya, keadaan Kru Lek tak begitu teruk. Apabila bahunya mula membengkak pd awal tahun ini, Kru Lek pergi mendapatkan rawatan di hospital seperti biasa mengikut rutin temujanjinya sebelum ini.. 

Walaupun terpaksa memikul beban ketumbuhan tumor seberat 10 kilogram itu, Kru Lek tetap seperti biasa meneruskan kerjanya di Nakhorn Sawan Technical setiap hari. 

sbg guru, Kru Lek diberikan insuran perubatan, namun terhad kpd 100,000 baht bagi tempoh setahun. 

“Saya rasa keadaan dia adalh serius & untuk merawat penyakitnya memerlukan perbelanjaan tiga kali ganda dr jumlah insuran yg diberikan. Bila had itu dicapai kelak, sudah tentu dia tak mempunyai wang yg cukup & rawatan terpaksa dikurangkan. tak ubah seperti orang miskin yg tak berkemampuan mendapatkan perubatan di hospital,” kata rakannya, Monk Bhin.

Menurut Kru Lek, dia enggan membuatkan ibunya yg berusia 74 tahun (lumpuh) berasa bimbang. Tambahan, dialah satu-satunya yg menjaga ibunya selama ini. Disebabkan itu, beliau menyembunyikan ketumbuhannya itu dgn kain. 

Katanya lagi, sokongan & dorongan dr pelajarnya selama ini yg telah banyak membantunya untuk terus hidup mengharungi dugaan ini.

“Pelajar saya yg banyak memberikan kekuatan kpd saya untuk meneruskan hidup,” katanya. – The Reporter



GruGru

Demi pelajar, guru tetap sumbangkan ilmu walaupun terpaksa pikul beban tumor 10 kg | sentot | 4.5