Dibuli sampai ‘bocor’ kepala

24 February 2017 | 3:26 am

PETALING JAYA – Seorang pelajar perempuan tingkatan 1 cedera di bahagian kepala akibat dipercayai dibuli beberapa pelajar sekolah yg sama, semalam. 

Zarey Mikael, individu yg memuat naik gambar mangsa berkata, anak kpd rakannya itu dibuli sehingga ‘bocor’ kepala dlm kjadian di SMK Bandar Sri Damansara 2.

Punca kjadian tak dikenal pasti, namun mangsa dipercayai dipukul dgn objek tumpul di kepala & perutnya dipijak oleh pelajar perempuan tingkatan 3 bernama Mira, sehingga tak sedarkan diri.

   

Mangsa telah dihantar ke hospital & mendapatkan rawatan.

Pemeriksaan pihak hospital mendapati, mangsa yg msh memakai pakaian yg dibasahi darah itu mengalami luka sepanjang 2 inci di bahagian kepala. Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dalaman. 

Gambar ndividu yg dipercayai suspek utama kjadian yg dimuat naik oleh bapa mangsa. 

Menurut sumber, guru sekolah berkenaan telah pergi berjumpa dgn ibu bapa salah seorang pelajar yg terlibat. Bagaimanapun, ibu bapa pelajar terbabit tak percaya anak mereka melakukan perkara itu.

Difahamkan bapa mangsa jg telah membuat laporan polis berhubung kjadian itu. – The Reporter



GruGru

Dibuli sampai ‘bocor’ kepala | sentot | 4.5