Ditangkap & dituduh berkhalwat secara salah, pasangan suami isteri saman Jawi

17 February 2017 | 8:10 am

KUALA LUMPUR – Sepasangan suami isteri memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) & enam yg lain kerana menyerang & menangkap khalwat mereka secara salah pd Januari lalu.

Mohd Ridhuan Giman, 34, & isterinya, Siti Sarah Maulad Abdullah, 26, memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dgn menamakan pegawai penguatkuasa Jawi, Mohd Shiham Ramli & Mohammad Izehar Md Amin, Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Ketua Pengarahnya, Jawi, Jabatan Perdana Menteri & Kerajaan Malaysia selaku defendan pertama hingga ketujuh. 

Tindakan undang-undang itu diambil kerana JAWI melakukan penangkapan & penahanan secara salah, pencerobohan diri serta privasi selain didakwa turut melakukan penyalahgunaan kuasa penjawat awam & perlanggaran kebebasan asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan. 

dlm kjadian jam 1.30 pagi, 8 Januari lalu, pasangan berkenaan menginap di sebuah hotel bajet di Kuala Lumpur. Kira-kira jam 1.30 pagi, bilik mereka diserbu sekumpulan pegawai agama yg terdiri dr 7 pegawai lelaki & seorang pegawai wanita. 

Ridhuan memaklumkan isterinya berada di dlm bilik & tak berpakaian lengkap, namun tanpa keperluan pegawai lelaki mendesak memasuki bilik berkenaan secara paksa & mengakibatkan pergelutan di antara mereka sehingga menyebabkan Ridhuan cedera di bahagian leher. 

Walaupun beberapa kali Ridhuan memaklumkan bahawa mereka adalh suami isteri yg sah termasuk menunjukkan gambar nikah & sijil nikah yg disimpan di telefon bimbit, pegawai terbabit enggan menerima bukti itu & berkeras mahu menahan mereka.

Sebaliknya, Siti Sarah diarah memakai pakaian lengkap di depan suaminya & pegawai lelaki itu, manakala seorang daripada pegawai lelaki msh terus menangkap gambar & merakam video pasangan itu walaupun sudah dimaklumkan status sah perkahwinan mereka. 

Pasangan itu kemudian dibawa ke Balai Polis Tun H.S Lee bagi laporan tangkapan atas dakwaan berkahlwat sebelum dibawa ke pejabat Jawi. 

Peguam pasangan berkenaan, Yusfarizal Yusoff berkata, tujuan mereka mengambil tindakan undang-undang adalh bagi menuntut keadilan terhadap anak guamnya. 

“Kami merasakan undang-undang tersebut, lunas & prinsip umum perlu dipatuhi seperti menjaga privasi orang yg diserbu, kebebasan hak asasi mereka & akhlak dlm serbuan kerana ini membabitkan aurat wanita berkahwin. 

“Kedua, kita menuntut keadilan bagi prosedur serbuan itu sendiri setelah anak guam saya mengemukakan bukti. Paling mengecewakan saya secara peribadi, bila anak guam saya mengemukakan salinan sijil asal nikah pd malam kjadian di pejabat Jawi, mereka msh enggan menerimanya. 

“Kalau ini boleh berlaku pd anak guam saya, ini jg boleh berlaku pd sesiapa sahaja. Jadi kita mengambil tindakan ini atas kesedaran memperbetulkan salahguna kuasa yg berlaku & untuk keadilan pd anak guam,” katanya. 

Pasangan suami isteri itu menuntut 4 perkara iaitu ganti rugi am, teruk & teladan; kenyataan maaf; penarikan balik segala siasatan lanjut terhadap mereka & kos tindakan serta faedah. 

Bagaimanapun, Yusfarizal tak menamakan amaun saman kerana kaedah mahkamah terbaru tak membenarkan amaun kerosakan dinamakan.



Difahamkan, Mohd Ridhuan & Siti Sarah telah bernikah pd 17 Oktober 2014 di Kuala Lumpur & pernikahan itu didaftarkan mengikut Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. – The Reporter

GruGru

Ditangkap & dituduh berkhalwat secara salah, pasangan suami isteri saman Jawi | sentot | 4.5