Ditangkap ketika berasmara dgn suami orang, gadis dibelasah & diarak tanpa seurat benang

12 February 2017 | 2:14 am

SAO PAULO, BRAZIL – Seorang wanita muda ditangkap ketika sdg berasmara dgn suami orang, dibelasah & diarak ke seluruh kawasan kejiranan tanpa seurat benang. 

Isteri lelaki terbabit mengheret wanita berusia 20 tahun itu dgn menarik rambutnya dlm kjadian yg dilaporkan berlaku di Cubatao. 

Dua anak lelakinya (remaja) & rakan mereka turut didengar bersorak serta ketawa besar untuk menarik perhatian jiran sekeliling. 

Si isteri yg tak didedahkan namanya telah mengekori suaminya ke sebuah pangsapuri sebelum menyerbu kediaman itu & menemui lelaki terbabit sdg berasamara dgn kekasihnya. 

Berlaku sedikit pergelutan di antara si isteri & wanita itu. Si isteri memotong rambut wanita itu dgn pisau cukur & membogelkan mangsa sebelum mengheretnya keluar. 

Rakaman video kjadian itu dimuat naik ke media sosial oleh ahli keluarga si isteri dgn bangga menceritakan serangan terhadap perempuan simpanan terbabit seterusnya mencetuskan puluhan aduan kpd polis oleh pengguna media sosial. 

Si isteri bagaimanapun menyelar kritikan yg dilemparkan terhadapnya di media sosial. 

“Saya tak peduli apa yg mereka kata atau fikirkan. Mari saya tunjukkan cara mengajar pembelot wanita yg meniduri suami orang. Saya menangkap jalang ini bersama suami saya yg mulai hari ini menjadi bekas suami saya!” katanya. 

Mangsa kemudian diambil kekasihnya yg turut membawa bajunya. 





Polis memulakan siasatan dgn cuba mengenal pasti identiti mangsa, tetapi berjaya menjejaknya selepas wanita itu sendiri datang ke balai polis membuat laporan bersama kakaknya. 

Menurut mangsa, kekasihnya mendakwa dirinya bujang & mereka telah menjalinkan hubungan sejak lima bulan lalu. 

Isteri terbabit ditahan polis & kini berdepan dgn hukuman penjara 10 tahun jika sabit bersalah atas beberapa pertuduhan termasuk mengancam, mencederakan, memalukan & melakukan keganasan terhadap wanita.



GruGru

Ditangkap ketika berasmara dgn suami orang, gadis dibelasah & diarak tanpa seurat benang | sentot | 4.5