Doktor bingung remaja hidap penyakit misteri, darah keluar dr telinga, mata, mulut & rambut hingga 10 kali sehari

INDIA – Seorang remaja lelaki India yg menangis mengeluarkan air mata berdarah sejak usia 10 tahun diberi gelaran ‘stigmata boy’, lapor Daily Mail. 

Akhilesh Raghuvanshi yg kini berusia 13 tahun, yg dilanda penyakit ‘misteri’ itu mengeluarkan darah dr telinga, mata, mulut, kaki & rambutnya sehingga sepuluh kali sehari meskipun tak mengalami sebarang luka atau calar di badannya. 

Ibu bapa Akhilesh pd mulanya menyangka dia mengalami dehidrasi apabila dia mula mengeluarkan darah dr hidung, tiga tahun lalu. Namun tak lama kemudian mereka menyedari ada sesuatu yg tak kena berlaku pd Alkhilesh. 

Doktor-doktor yg merawat Akhilesh jg terkejut melihat keadaan remaja itu yg tak berhenti mengeluarkan dr dr badannya. Keadaan Akhilesh itu jg telah dikaji oleh para doktor di Institut Sains Perubatan India, namun mereka tak mampu merungkai apa sebenarnya yg berlaku pd remaja berkenaan. 

Keadaan itu menyebabkan Akhilesh terdesak mencari penawar bagi mengubati penyakitnya misterinya itu. 

“Saya berdarah dr mata, tangan, kepala, telinga, hidung & jg mata. Apabila darah keluar dr telinga, ia terasa panas. Ia boleh berlaku sekali atau mungkin 10 kali dlm sehari. 

“Kadang-kadang pendarahan itu akan berhenti & tak akan berlaku untuk beberapa bulan. Tetapi dlm 15 hari yg lalu, saya kehilangan darah hampir setiap hari. 

“Ia tak menyakitkan bila pendarahan bermula tetapi ia membuatkan saya letih & kadang-kadang menyebabkan sakit kepala,” kata Akhilesh. 

Selepas para doktor di India tak dapat membantu, bapanya, Arun, yg bekerja sbg petani merayu pd pihak perubatan seluruh dunia untuk merawat anak lelakinya itu. 

“Saya telah bertemu dgn doktor terbaik di India, namun tiada yg dapat memahmi apa penyakit ini & bagaimana ia boleh diubati. 

“Setakat ini anak saya mengalami pendarahan di mata, hidung, rambut, leher & kaki. Tetapi sekarang keadaannya semakin buruk kerana dia mula kencing berdarah. 

“Saya amat bimbang melihat keadaan dia. Sains perubatan mesti ada jawapan kpd permasalahan ini. Saya merayu kpd doktor di seluruh dunia, bantu & selamatkanlah anak saya,” kata Arun. – The Reporter

GruGru

Doktor bingung remaja hidap penyakit misteri, darah keluar dr telinga, mata, mulut & rambut hingga 10 kali sehari | sentot | 4.5