Elakkan cakap ‘mangkuk’ & ‘cincin’ bila di Jepun, salah sebut susah nak minta ampun

17 February 2017 | 4:01 am

Ini hanya beberapa kompilasi pengalaman peribadi sahaja. Setiap orang barangkali ada cerita & kisah mereka yg berbeza & tersendiri. 

Foto – Isma

Orang Jepun ini ‘particular’ bab masa, mereka jalan cepat tak perlahan macam raksasa. Mereka memang terkenal dgn kebersihan, walaupun tak pernah dengar hadis nabi & ayat dr Tuhan. Bila bagi laluan jalanraya terangguk-angguk sampai nak terhantuk, jarang sekali bunyi ‘hon’, keluar ‘stereng lock’ apatah lagi mengutuk.

Foto – Isma

Meja makan di kedai dibersihkan sendiri, rumah takde ‘grill’ jarang sekali dimasuki pencuri. Memang ada orang Jepun yg malas macam Nobita, tapi ramai yg rajin & kuat bekerja tak terkata. dlm kenderaan awam kebanyakan mereka senyap, susah jg nak lihat kucing, anjing & tikus merayap.

Foto – Isma
Foto – Isma
Foto – Isma
Foto – Isma

Generasi muda Jepun tak ambil peduli sgt pasal politik & menteri, tapi bila ada skandal menterinya tunduk lama & undur diri. Orang Jepun kurang yg obesiti, kemalangan jalanraya jg kurang kes mati. Banyak ‘parking’ basikal bertingkat-tingkat, senyuman manis gadis Jepun boleh terpikat.

Foto – Isma
Foto – Isma

Memang tak salah Dasar Pandang Ke Timur, orang Jepun tak sama dgn mat saleh yg suka ‘two piece’ & berjemur. Orang Jepun jalan & makan pun laju, depa panggil ‘shinkansen’ itu keretapi laju. 

Foto – Isma

Elakkan cakap ‘mangkuk’ & ‘cincin’ bila di Jepun, salah sebut susah nak minta ampun. Jepun jg terkenal dgn manga & animasi, hati-hati di ‘konbini’ ada majalah seksi. 

Foto – Isma

Masuk ‘parking’ kereta kebanyakan undur bontot, orang Jepun la ni dah tinggi-tinggi tak lagi ketot. Orang Jepun sanggup tunggu lama & berdiri, masa di sekolah rendah banyak bermain & berlari. Kekurangannya banyak jg kes bunuh diri, tapi bab kerja memang terbaik & tak lari.

Pertama kali jumpa mereka angguk & jarang salam, bab Bahasa Inggeris memang suram & kelam. Di Jepun tak takut jalan seorang malam-malam, ayat ‘konnichiwa’ tu umpama salam.

Foto – Isma

Memanglah Jepun terkenal dgn Ultraman, tapi tak bolehlah suka-suka ambil gambar mereka wahai ‘cameraman’. Minta izin dulu sebelum ambil video atau gambar, pastinya mereka suka & tersenyum lebar.

Anak-anak kecil pergi sekolah jalan kaki sendiri, katanya nak latih anak berdikari. Jepun ramai orang tua yg berumur, tak dinafikan negaranya aman & makmur. Mereka merokok ikut tempat bukan ikut suka, jarang sekali hisap rokok di tempat awam atau terbuka.

Foto – Isma
Foto – Isma
Foto – Isma
Foto – Isma

Banyak kelihatan kedai 24 jam atau ‘konbini’, urusan bayar bil, keluar duit & macam-macam boleh di sini. Di pasar & kedai Jepun tiada sgt istilah sediakan wang kecil, tandas awam berbayar tiada & di ‘konbini’ boleh singgah kalau nak terkucil. Banyak tempat ‘shopping’ sediakan kaunter bayar sendiri, tapi susah pula nak jumpa yg cuba tipu atau lari.

Foto – Isma
Foto – Isma
Foto – Isma

Di Jepun jarang berlaku kjadian pecah tingkap kereta, tapi kereta tak bolehlah ‘parking’ merata-rata.

Foto – Isma

Pemandu teksi Jepun bawa kereta agak laju, tak tahu cakap Bahasa Jepun bagi sahaja alamat destinasi yg ingin dituju.

Foto – Isma

Kereta terpakai boleh dikatakan murah, bila bab kerja memang tenaga bagai diperah.

Foto – Isma

Bukan semua orang Jepun hidup senang & selesa, walaupun selalu gempa bukanlah disebabkan Ultraman & raksasa.

GruGru

Elakkan cakap ‘mangkuk’ & ‘cincin’ bila di Jepun, salah sebut susah nak minta ampun | sentot | 4.5