‘Encik, bersyukurlah awak dikurniakan anak-anak yg normal’

14 February 2017 | 4:30 am

Kanak-kanak autisme adalh kanak-kanak yg istimewa. Sudah banyak informasi mengenai autisme didedahkan di media sosial, namun msh ada jua yg tak berminat untuk mengambil tahu, malah ada yg enggan memahaminya. 

Semalam, seorang kanak-kanak autisme hampir saja diserang oleh seorang lelaki dewasa ketika bermain di premis hiburan kanak-kanak kerana didakwa telah menumbuk dua anak lelaki itu. Sedangkan perkara itu tak berlaku & dinafikan oleh ibu kpd anak autisme berkenaan. 

Gambar hiasan | Foto NurulFaris Photobsess

Oleh Nana

Semalam sekitar jam 12 tengah hari, saya mendaftar masuk anak-anak untuk bermain di Kidzoona Aeon Klebang, Ipoh. Saya sentiasa memerhatikan Daaris bermain sementara suami menjaga dua orang lagi anak yg lain. 

Lebih kurang jam 1.15 ke 1.30 petang, saya memerhatikan dr dekat Daaris bermain slide. Saya nampak Daaris memotong barisan semasa bermain. Selepas turun dr slide, ada dua kanak-kanak lelaki sekitar usia Daaris (9-10 tahun) bersama adik lelakinya sekitar usia 6 tahun ada berhampiran. 

Budak-budak itu, masing-masing memeluk kerusi bulat kecil untuk bermain. Terus Daaris datang menghampiri dua orang budak itu, menepis & menjatuhkan kerusi bulat untuk bergurau. Terus dua orang budak itu berlari keluar dr kawasan slide. 

Saya terus menegur perbuatan Daaris dgn memegang tangan Daaris. Saya lebih menekankan soal memotong barisan berbanding berebut kerusi bulat sebab ia nampak lebih kpd gurauan kanak-kanak. 

Daaris meronta-ronta bila saya memegang tangan dia & berlari untuk terus bermain. 

Tiba-tiba saya disergah dr belakang. Bila toleh, seorang lelaki dewasa sekitar usia 40’an memarahi saya dgn lantang. 

“Kenapa anak awak tumbuk anak saya hah?!” dua kali dia menyergah saya.

“Anak saya yg mana satu, encik?” soal saya & dia terus menunjuk ke arah Daaris yg sdg bermain slide. 

Saya berasa hairan kerana apa yg berlaku di depan mata saya ialah Daaris menepuk & menepis kerusi bulat. Mungkin sedikit kasar tetapi tidaklah menumbuk, tak ubah seperti gurauan budak-budak. Saya cuba menerangkan situasi yg terjadi kpd lelaki berkenaan. 

“Anak saya mengadu pd saya yg anak awak itu telah menumbuk mereka. Awak tak jaga anak ke?!” bentak lelaki itu. 

Tiba-tiba darah saya menyirap, terasa panas saja di telinga, muka & terus ke hati. 

“dr tadi saya berdiri di sini tengok anak saya bermain. Saya tak nampak pun dia tumbuk anak-anak awak,” kata saya menepis dakwaan lelaki itu. 

“Saya nampak dr jauh. Dua kali dia tumbuk anak-anak saya,” lelaki itu msh tak berpuas hati & terus memarahi saya. 

dlm hati saya, ‘dua kali’? Hairan & pelik. 

“Saya yg dekat pun tak nampak, encik yg jauh boleh pula nampak? Maaflah encik, anak saya itu Autisme. Dia tak tahu apa-apa,” kata saya. 

“Awak tak jaga anak awak ke?!” dia ulang kembali ayat itu. 

“Eh, anak saya autisme. Encik tahu tak apa itu autisme?” soal saya lagi. 

“Saya tahulah tapi awak tu tak jaga anak awak!” dia msh tak berpuas hati memarahi saya dgn menunding jari sejak dr mula menyerang saya. 

“Saya tak kira, kalau terjadi di depan mata saya & saya di sini tadi, memang saya dah pukul anak awak ini!” 

Astaghfirullahalazim. Bayangkan seorang lelaki dewasa yg normal boleh ada niat nak melakukan perbuatan sedemikian pd kanak-kanak. Kata-kata dia benar-benar menarik rasa malu saya di depan orang ramai semalam. 

“Encik tahu tak anak saya itu, autisme?!” 

“Tak kiralah, awak tu yg tak jaga anak awak!” jawabnya. 

“Meh sini km! Meh sini, aku nak tanya km kenapa km tumbuk anak aku?!” dia menggamit Daaris yg sdg bermain dgn muka yg tak puas hati. 

“Encik faham tak yg anak saya itu autisme?! Dia tak pandai bercakap!” naluri keibuan saya terus disentap-sentap. 

Suami yg baru terperasan dgn situasi itu terus datang dekat. Bila suami saya sampai, terus lelaki itu mengajak anaknya beredar. Semasa lelaki itu beredar, dr jauh saya kata, 

“Encik! Bersyukurlah awak dikurniakan anak-anak yg normal..” 

Lelaki itu agak terkejut apabila mendengar kata-kata saya sambil diperhatikan oleh ibu bapa yg lain memerhatikan kami sejak awal kjadian. 

Suami terus menenangkan saya yg sudah hampir meletup. Kami terus rujuk dgn pihak AEON untuk mendapatkan cerita sebenar dr rakaman kamera litar tertutup (CCTV). 

Berdasarkan CCTV, memang ada terjadi sedikit perebutan tetapi perkara yg tak keterlaluan. Ianya lebih kpd situasi kanak-kanak bermain. 

Sementara menunggu keputusan CCTV, suami saya berjumpa dgn lelaki tersebut bagi bertanyakan hal sebenar. Memang gaya & cara lelaki itu agak ‘kerek’ & tak mahu mengaku silap. 

Apabila keputusan CCTV telah diperolehi, saya ingin berjumpa semula dgn lelaki tersebut untuk beritahu kisah sebenarnya yg berlaku namun dia telah beredar. 

Nana bersama tiga anaknya | Foto – Nana

Di sini saya terfikir, apa yg akan terjadi sekiranya saya tiada berhampiran dgn Daaris? Berkemungkinan Daaris dipukul seperti yg dikatakan lelaki itu? Kata-kata lelaki itu jg saya anggap sbg ancaman terhadap keselamatan anak saya. 

Saya jg beranggapan dia seorang yg tak matang kerana sanggup menyerang wanita & kanak-kanak hanya kerana hal kanak-kanak berebut bermain. Saya terfikir jg untuk buat laporan polis demi keselamatan anak saya. Sedih dgn masyarakat kita yg msh dgn minda kelas ke-3. 

GruGru

‘Encik, bersyukurlah awak dikurniakan anak-anak yg normal’ | sentot | 4.5