‘Esok nak nikah, tiba-tiba muka jadi buruk dek disantau kawan baik sendiri’

15 February 2017 | 2:49 pm

Tak tahu nak mula dr mana. Tak semua orang percaya pd sihir, santau bagai. Aku sendiri tak percaya benda macam tu. 

Nak dijadikan cerita, tiga hari sebelum bertunang, seluruh muka muka aku bernanah teruk. dlm hati Allah saja yg tahu. Aku tengok muka aku buruk dlm sekelip mata. Tetapi masa itu aku baru lepas minum madu. Jadi aku salahkan madu. 

Aku cuba fikir positif & ambil mood sebab nak bertunang lagi tiga hari walaupun hati aku sebenarnya sedih sgt. 

Masa bertunang, aku nampak keluarga lelaki semua terkejut tengok muka aku. Yelah, sebelum ini muka aku cantik & licin elok saja. Aku malu bila keluarga dia pandang & tegur kenapa muka aku jadi begitu. 

Hari demi hari berlalu sampailah dua bulan selepas itu, ada seorang hamba Allah tegur muka aku ini bukan diserang jerawat biasa. Padanlah aku buat chemical peel, carbon laser semua itu tak mendatangkan hasil. Membuatkan muka aku semakin teruk, adlah. Tetapi bila hamba Allah itu tegur, aku cuba berubat kampung. 

Yes! Ustaz sebuah tahfiz kata aku disantau. Tak puas hati dgn dakwaan seorang ustaz, aku pergi cari orang lain sampailah orang ketiga dia kata orang santau aku ini adalh orang yg nak bakal suami aku. Tetapi bakal suami tak nak pd dia. Ustaz itu siap cakap ciri-ciri perempuan yg hantar santau ini. Tetapi aku tak dapat nak agak siapa.

Aku cerita pd tunang, dia jadi serba salah & ingatkan kawan-kawan perempuan dia. Yelah, aku mengaku dia memang kacak & bergaya. Aku rasa down, rasa tak layak untuk bersama dgn dia. 

Muka aku mula berkudis & berkuping menyebabkan aku malu nak berjumpa dgn dia. Tetapi selepas tiga bulan bertunang, dia nak jg jumpa & nak tengok keadaan aku depan matanya sendiri. Bila jumpa, Alhamdulillah dia msh okay. 

Tiga bulan lagi kami akan berkahwin. Kami bertunang tak lama & tarikh diawalkan sebab keluarga lelaki ini nak segerakan majlis & tak nak orang yg santau itu buat aku menjadi lebih teruk. Allah banyak beri aku petunjuk, tetapi aku tak nampak siapa sebenarnya dalang di sebalik kjadian ini. 

Dua minggu sebelum aku berkahwin, aku jumpa seorang kakak yg pandai berubat. Aku ikhtiar selagi aku ada masa. Alhamdulillah muka aku semakin okay. 

Sebelum kahwin, aku ajak kawan baik aku yg selama ini aku usung ke mana saja pergi spa atau klinik kulit untuk beli barang & macam-macam. Aku ajak dia tidur dgn aku, luangkan masa bersama sebelum aku menjadi isteri orang. 

Masa dia masuk ke bilik, aku terhidu bau bangkai. Aku tegur, lalu muka dia terus berubah. Tetapi keadaan terus senyap. Masa itu aku belum syak apa-apa lagi. Aku cuma mesej kakak yg mengubat aku yg aku terhidu bau bangkai dlm bilik. Dia jawab, bawa bertenang & fokus hari nikah. 

Esok nak nikah, aku down sebab tiba-tiba muka yg dah elok baik jadi buruk balik. Sedangkan malam itu aku nak nikah. Aku tunggu kawan baik aku datang, aku nak menangis. Tetapi dia tak datang, padahal dia janji nak datang pakaikan aku inai petang itu. Allahuakbar aku msh tak nampak petunjuk dr Allah. 

Dipendekkan cerita, majlis nikah aku berjalan lancar dgn sekali lafaz aku sah menjadi isteri kpd lelaki yg aku cintai. Kawan baik aku msh tak sampai. Seeloknya aku dah sah menjadi isteri barulah kawan baik aku sampai. 

Seminggu selepas kahwin, aku jumpa kakak yg mengubat aku. Aku nak tahu siapa datang semua ini. Aku tak sedap hati & dia cuma cakap bau yg busuk sebelum aku kahwin hari itu sebab orang itu datang membawa benda itu. & orang itu tak dapat datang sebelum aku nikah sebab dia pasang pendinding untuk aku di hari pernikahan aku. Sebab itu bila selesai majlis baru orang itu boleh sampai. 

Berdesup darah aku naik ke kepala & terus menangis. 

“Allahuakbar. Dia ke kak?” terus aku tanya & dia cuma tersenyum. 

Aku cuma nak kongsi cerita ini. pd mereka yg bakal berkahwin, yg ada kawan baik, berhati-hatilah. Aku tak pernah percaya semua ini tetapi bila berlaku pd diri sendiri, aku yakin dia sebab banyak perkara yg aku nampak selama ini, patutlah dia marah aku balik kampung nak beli cincin tunang dgn bakal suami aku. 

Dia selalu nak ikut kami datang, dia selalu perli aku dpean kawan-kawan lain sebab aku selalu dating. Dia selalu mengedik di depan bakal suami aku. Bila kahwin, ingatkan semua dah tak ada, rupanya tak. Aku sehabis baik block dia di Instagram & Facebook. Aku cuba menjauhkan diri dr dia tetapi dia msh menghantar mungkin sebab dia nampak aku bahagia di page orang lain. 

kpd kau wahai sahabat dunia akhir yg mana aku dah anggap kau sbg kakak sendiri. Kau lembut, sopan & tudung sgt labuh, kenapa kau buat aku macam ni? Dimanakah setia persahabatan kita selama 17 tahun ini? 

Berhati-hati dgn kawan baik. 

GruGru

‘Esok nak nikah, tiba-tiba muka jadi buruk dek disantau kawan baik sendiri’ | sentot | 4.5