Gadis maut direbus hidup-hidup dlm tong drum

23 February 2017 | 3:57 am

KALIMANTAN, INDONESIA – Seorang wanita berusia 21 tahun maut direbus hidup-hidup dlm kebakaran di tempat tinggalnya, semalam, lapor Kalamanthana.

dlm kjadian jam 2.30 pagi di Jalan Negara Muara Teweh, 16 buah rumah termasuk pusat pelacuran & kelab malam berhampiran hangus dlm kebakaran.

Punca kebakaran tak diketahui namun saksi menyatakan api muncul dr bahagian depan bilik di bangunan Wisma Primadona.  

Mangsa, Yaya Julia, 21, & rakan sebiliknya, Riena, tinggal di bilik tengah sebelum itu sdg tidur terdengar jeritan “Api! Api! Api!” pd sekitar jam 1 pagi (waktu Indonesia Barat). 

Tanpa membuang masa, kedua-duanya terus bingkas bangun & berlari keluar. Mereka cuba keluar melalui pintu depan. Tetapi api semakin marak menyebabkan kedua-duanya beralih ke pintu belakang, namun gagal kerana sebahagian bangunan yg diperbuat daripada kayu itu telah dijilat api. 

Sekitar jam 2.15 pagi, keadaan menjadi semakin teruk & api terus merebak. Rina nekad menarik tangan Julia untuk terjun dr tingkap dapur. Namun mangsa ketakutan & ragu-ragu, memilih untuk masuk ke tong drum berisi air yg ada di dapur. 

Rina terpaksa meninggalkan rakannya & nekad terjun dr tingkap dapur setinggi 4 meter. 

Anggota pemadam api berjaya memadamkan kebakaran sekitar jam 4 pagi. Mayat mangsa yg hanya memakai baju dlm & seluar dlm ditemui dlm tong drum dlm keadaan seperti sudah masak direbus. 





Difahamkan, mangsa baru saja tinggal di kawasan tersebut & bekerja sbg penghibur selepas diajak oleh Rina dgn pendapatan yg agak lumayan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Muara Teweh sebelum diserahkan kpd keluarganya untuk dikebumikan di kampung. – The Reporter



GruGru

Gadis maut direbus hidup-hidup dlm tong drum | sentot | 4.5