Gembirakan hati isteri, inshaAllah pintu rezeki terbuka luas

27 February 2017 | 3:20 am

Gambar hiasan sahaja | Dzofan.com

Saya seorang suami, ada anak dua orang hasil perkahwinan yg kedua. yg pertama sudah bercerai. Isteri pertama lari meninggalkan saya kerana masa itu saya ada masalah kewangan. Saya tak mampu berikan dia kesenangan, kemewahan harta benda semacam yg kawan-kawannya selalu pertontonkan. 

Sebelum bercerai, lima bulan dah dia lari meninggalkan saya. Saya berkahwin dgn dia hampir 10 tahun, tak ada apa saya mampu berikan. Mungkin silap saya, gaji hanya cukup untuk bayar segala perbelanjaan dapur, kereta, rumah & pinjaman bank sebab sebelum kahwin saya ada buat pinjaman peribadi. 

Isteri pertama hanya kembali pd saya untuk membuat tuntutan fasakh sebab saya tak beri dia nafkah. Saya akur & lepaskan dia kerana saya tahu dia sudah ada yg lain. Daripada saya terus menanggung dosa, lebih baik saya lepaskan dia. 

Bekas isteri saya seorang yg berpelajaran tinggi tetapi dia msh nak berkahwin dgn saya sebab dia nak bebas dr keluarga. Jujur kami kahwin pun tanpa restu ibu & ayahnya, apatah lagi ibu saya. Sehingga ibu meninggal dunia, ibu msh tak bertegur sapa dgn bekas isteri. Ada silapnya pd saya jg. 

Selepas beberapa tahun, saya jumpa seorang gadis. pd mulanya saya tak yakin dia mahukan saya sebab dia msh muda, saya pula sudah lanjut usia umur 32 tahun pd masa itu. Sedangkan dia baru habis belajar kemahiran hidup, 18 tahun. 

*Dia pernah bercinta lelaki yg dikenalinya sejak kecil, yg jg merupakan saudara jauhnya. Tetapi Bila usia mereka menginjak dewasan, keluarga lelaki itu lebih fokus pd masa depan berbanding untuk serius dlm hubungan kahwin.

Kami berkawan, tak lama. Dia pernah beritahu saya yg dia cuma akan serius berkawan dgn orang yg betul-betul mahukan dia. Saya pernah jumpa dia dua tiga kali sahaja sebab jarak kami yg agak berjauhan. Dia tak secantik mana tetapi sikap dia buat saya tertarik. Orangnya terlalu bersederhana. 

Saya mula membandingkan dia dgn bekas isteri yg gemar berfoya-foya, clubbing & suka melepak dgn kawan-kawannya. Berbeza dgn si dia yg gemar duduk di rumah, suka belajar memasak & suka menelaah. Saya tahu hal ini pun dr adik & abangnya. 

Selepas lapan bulan, saya melamar dia dgn niat kerana Allah. Dia menerima saya tetapi ada halangan di mana keluarganya sukar menerima saya. Mereka ingat saya tak berkemampuan menjamin masa depan anak mereka. Tetapi si dia berusaha sebaik mungkin memujuk keluarga, menjaga solatnya. Saya daripada tak pernah solat menjadi segan & malu. Kami sama-sama berdoa, memohon doa agar dipermudahkan urusan. 

pd masa itu saya hanya memiliki kereta Porton Saga, kerjaya pun biasa sahaja walaupun angka gaji melebih RM2,000. Komitmen saya banyak dgn bank. 

Selama tiga bulan kami menunggu keputusan keluarganya. Waktu itu saya hanya dapat mengumpul RM5,000. Dia kumpulkan RM2,000. Keluarganya minta RM10,000. Tapi Allah itu Maha Kuasa, agihan harta dr keluarga, saya mendapat sebidang tanah & jg wang sebanyak RM25,000. Saya mahu gunakan duit itu untuk majlis kahwin tetapi si dia tak bagi. Dia meminta saya hanya menikah sahaja dengannya sebab ayah dia sudah mula berlembut. 

Alhamdulillah, majlis sgt mudah, kecil-kecilan sahaja & tak habis sampai RM3,000 pun. Saya akui dia memang seorang yg sgt bersederhana. 

Selepas berkahwin, dia diduga dgn gangguan dr bekas isteri yg sering mengata isteri saya buruk, tak cantik & hina sebab mampu berkahwin dgn lelaki dayus seperti saya. Kalau tak di Facebook, mungkin melalui kawan-kawan saya yg lain. 

Kasihan isteri, saya minta dia bersabar. Reaksi yg diberi membuatkan saya terus kagum dgn keikhlasan dia. Saya tekad untuk tak mensia-siakan perkahwinan kali ini. Saya akan cuba sebaik-baiknya untuk menyenangkan dia. Saya suruh dia duduk di rumah, saya takut rezeki saya semakin sempit kalau saya minta dia menggalas tanggungjawab saya.

Dia disahkan bunting pelamin. Seperti mana yg saya maklumkan, dia tak secantik mana tetapi sejak mengandung, seri dia sgt-sgt menyenangkan hati saya. Membuatkan saya rasa tak boleh berjauhan dgn dia. Dia tak pandai marah. Kalau marah, dia akan mendiamkan diri & makan coklat senyap-senyap. Semakin hari semakin tinggi rasa sayang saya padanya. 

Rezeki saya tak putus-putus, saya sudah mampu tukar kereta kpd Perodua Alza untuk kesenangan keluarga. Kami jg dikurniakan rezeki anak kembar pd tahun pertama perkahwinan. Syahdunya saya bila mula bergelar bapa pd usia 33 tahun. Walaupun diduga dgn pelbagai hinaan, tohmahan bekas isteri, namun isteri saya msh kuat. Dia jg sudah semakin cantik. Jauh lebih cantik daripada bekas isteri saya. 

Perkongsian saya bukan untuk menceritakan perkara yg baik-baik tentang isteri saya tetapi salah ke sedikit saja untuk memuji dia & jg memberikan sedikit pandangan saya bahawa setiap masalah rumahtangga ada jalan penyelesaiannya? 

Saya tak baik mana, solat pun msh jg terkial-kial, msh kerja sbg kuli makan gaji & baru dinaikkan gaji tahun ini, Alhamdulillah. Saya tak kata perlu menjadi kaya untuk bahagiakan perempuan, perempuan yg bersederhana itu lebih baik. 

Saya tunjukkan post ini kpd isteri, dia marah & meminta saya padamkan post ini. Katanya dia tak layak menerima pujian sebegini. Dia cuma melaksanakan tanggungjawab sbg seorang isteri sahaja. Dua tiga kali dia suruh saya padam tetapi admin kenakan caj RM50 jika mahu perkongsian dipadamkan. Saya tak nak buang, biarlah dia nak marah, makan coklat banyak mana pun. Doakan saya semoga terus istiqomah & tak termakan dgn sebarang panahan cinta dr wanita lain (chewah!)

Sekarang saya percaya kebahagian & kejayaan seorang suami kerana ada isteri dibelakangnya. Bersyukur saya dianugerahkan seorang isteri yg sgt penyayang. Anak-anak lagi menambahkan rasa sayang saya padanya. Doakan kami bahagia hingga syurga. Saya jg doakan bekas isteri saya cepat-cepat berubah & cepat tinggalkan segala dunia maksiat. 

Saya doakan anda semua jg bahagia dgn pasangan masing-masing hingga ke syurga. Gembirakan hati isteri, inshaAllah pintu rezeki terbuka luas & Allah permudahkan segala urusan kita setiap hari. Amin. 

GruGru

Gembirakan hati isteri, inshaAllah pintu rezeki terbuka luas | sentot | 4.5