Geran Kereta Baru @ Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) – Info

26 September 2016 | 7:16 am

Kenali & fahami apa itu Sijil Pemilikan Kenderaan (Vehicle Ownership Certificate – VOC) yg menggantikan Geran Kereta atau Registration Card (RC)

Ya… Sejak berkurun lamanya kita telah kenal & biasa dgn Geran Kereta iaitu sehelai kertas yg penuh dgn informasi & kemaskini maklumat sesebuah kenderaan. Namun akhrnya ia akan menjadi sejarah dlm beberapa tahun lagi apabila Sijil Pemilikan Kenderaan (Vehicle Ownership Certificate – VOC) mula diperkenalkan pd tahun ini.

Vehicle Ownership Certificate

Apakah itu Sijil Pemilikan Kenderaan (Vehicle Ownership Certificate) atau secara ringkasnya VOC? VOC sama seperti geran kereta sebelum ini namun ianya tak lagi perlu dikemaskini secara manual. Semua data disimpan dlm sistem computer JPJ & boleh diakses dgn mudah secara online.

Maka VOC umpama kad pengenalan yg hanya perlu disimpan. Sebarang urusan seterusnya seperti memperbaharui cukai jalan (roadtax), pertukaran pemilik atau alamat, pertukaran warna atau spesifikasi enjin & sebagainya hanya perlu dilakukan secara online.

Sijil Pemilikan Kenderaan (Vehicle Ownership Certificate) -VOC

Objektif VOC

Objektif & matlamat pertukaran Geran kpd VOC adalh:

  1. Memudahkan & mempercepatkan urusan berkaitan tanpa perlu berbaris & menunggu di Pejabat JPJ.
  2. Urusan boleh dilakukan pd bila-bila masa
  3. sbg langkah keselamatan dr masalah kereta klon.
  4. Menjimatkan kos JPJ & pengguna
  5. Tiada lagi masalah Geran hilang atau tak muat untuk di ‘print’

Peringkat Perlaksanaan

Geran Kereta atau Registration Card (RC) dijangka akan berakhir penggunaannya apabila semua pemilik kenderaan telah bertukar kpd VOC menjelang Januari 2020. Ini berikutan JPJ telah memulakan program VOC ini pd tahun ini melalui 3 peringkat:

Peringkat 1 – Mulai 1 Jun 2016, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mula menggunakan VOC pd semua pendaftaran kenderaan baru mahupun kpd mereka yg melakukan pertukaran hakmilik.

Peringkat 2 – Bermula 1 September 2016, Semua pemilik kenderaan yg memperbaharui cukai jalan akan terus bertukar kpd VOC. Termasuk jg kpd mereka yg yg mehu membuat sebarang ubahsuai kenderaan, pembetulan & apa jua urusan yg berkaitan dgn Geran Kereta akan terus ditukar kpd VOC.

Peringkat 3 – Bermula 1 Januari 2017, JPJ akan memulakan kempen pertukaran Geran kpd VOC secara sukarela kpd semua pemilik kenderaan.

JPJ akan memaklumkan secara rasmi akan tarikh akhir penggunaan Geran atau RC & semua kenderaan di Malaysia mestilah menggunakan VOC untuk sebarang urusan tentang kenderaan anda.

Kini… pd zaman dunia digital di mana semua informasi & kemaskini telah berubah kpd sistem berkomputer. Kepesatan teknologi komunikasi telah memungkinkan ianya dapat dilakukan secara online di mana-mana sahaja.

Namun mampukah ianya mencapai objektif yg sasarkan?
Sumber: www.carsome.my

GruGru

Geran Kereta Baru @ Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) – Info | sentot | 4.5