Hukum Menutup Cermin Ketika berlaku Kematian Wajib Anda Semua Tahu

GruGru – Seolah sudah jadi satu kebiasaan masyarakat kita, jika ada jenazah di rumah maka kesemua cermin-cermin muka akan ditutup dgn kain. Pernah tak amalan pelik ini menjadi tanda tanya buat anda? Sebenarnya ramai yg tidak tahu jawapan sebenarnya tetapi tetap mengamalkannya.

Apa kaitan cermin muka dgn jenazah? Amalan pelik ini dikatakan telah wujud sejak zaman nenek moyang & msih menjadi ikutan sehingga kini.

Mungkin ramai yg ingin tahu apa hukumnya dlm Islam bila ada yg menutup cermin muka ketika ada jenazah di dlm rumah. Di bawah ini adalah satu perkongsian berkaitan persoalan Kenapa Perlu Tutup Cermin Di Rumah Bila Berlaku Kematian & jg hukumnya..

Kenapa Perlu Tutup Cermin di Rumah Bila Ada Kematian? Ini Jawapannya.

Assalamualaikum ustaz,

Ada tuan rumah yg cover cermin-cermin muka di rumah dgn kain semasa ada jenazah. Saya ingin bertanya mengapa. Harap ustaz jelaskan hukum melakukannya. Terima kasih.

Ini jawapannya:

Kami tidak menjumpai saranan dr Rasulullah saw supaya menutup cermin-cermin muka ketika terdapatnya jenazah dlm rumah tersebut. Apa yg kami temui ialah ianya merupakan amalan orang tua-tua dahulu yg beranggapan bahawa, cermin hanya digunakan oleh si mati ketika hidupnya sahaja. Apabila telah mati, cermin tersebut tidak berguna lagi kerana mengikut Kepercayaan Kuno Masyarakat Hindu, roh atau hantu tidak boleh melihat dirinya dlm cermin.

Maka utk menjaga hati & perasaan serta bagi menghormati roh tersebut, setiap cermin muka dirumah si mati tersebut perlulah ditutup. Perbuatan tersebut mengikut syarak adalah dilarangkerana ianya adalah perbuatan yg tidak dilakukan oleh Rasulullah saw serta dianggap sbgai satu perbuatan khurafat yg menyalahi syarak.

Hukum Menutup Cermin Ketika berlaku Kematian Wajib Anda Semua Tahu | sentot | 4.5