Indonesia haramkan pesawat PM Israel lalui ruang udaranya ke Sydney

23 February 2017 | 8:11 am

SINGAPURA – Penerbangan dr Singapura ke Sydney, Australia sepatutnya hanya mengambil masa 7 jam atau lebih. Tetapi tak bagi Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu apabila penerbangannya terpaksa mengambil masa lebih 11 jam, lapor The Washington Post. 

Perkara itu berlaku kerana syarikat penerbangan yg membawa Perdana Menteri Israel itu, iaitu El Al, syarikat penerbangan negara Israel, sengaja mengelak melalui ruang udara Indonesia.

Berdasarkan data yg dikeluarkan oleh FlighAware, penerbangan pemimpin Israel itu terpaksa dilencongkan kerana Indonesia tak memberikan El Al akses kpd ruang udara negaranya. 

Indonesia mempunyai penduduk Islam terbesar di dunia. Seperti negara majoriti Islam yg lain, Indonesia tak mempunyai hubungan diplomatik dgn Israel kerana konflik mereka dgn Palestin. 

Sebelum ini, Israel dilaporkan secara tak rasmi cuba mempertingkatkan hubungan diplomatik mereka pd 2012. Tahun lalu, Netanyahu sekali lagi menggesa Indonesia untuk menormalkan hubungan diplomatik antara mereka. 

Bagaimanapun Kerajaan Indonesia berkata akan berbuat demikian hanya apabila rakyat Palestin diberikan sebuah negara merdeka. – The Reporter



GruGru

Indonesia haramkan pesawat PM Israel lalui ruang udaranya ke Sydney | sentot | 4.5