Ingatkan hantu main guli di tingkat atas, rupanya fenomena ‘Water Hammer’

6 March 2017 | 1:52 pm

Kerap kali kita dimomokkan dgn cerita mistik kononnya penghuni rumah pangsapuri terdengar bunyi ‘hantu’ bermain guli di tingkat atas, sedangkan tiada sesiapa yg tinggal di tingkat atas. 

Kalau dengar bunyi guli jatuh atau perabot diseret, itu bukan petanda jin bermain guli atau hantu pocong baru berpindah di unit/bilik di atas rumah kita. Tetapi bunyi itu berlaku disebabkan fenomena yg dipanggil sbg Water Hammer. 

Apabila paip ditutup, air yg mengalir di dlm paip berhenti pecutan air jg tersentak tiba-tiba menyebabkan getaran berlaku pd paip yg kemudian menghasilkan bunyi seperti guli terjatuh di atas lantai. 





Jadi, usahlah panik atau takut khususnya bagi mereka yg duduk di rumah tinggi atau di office (waktu malam) kerana apa yg berlaku hanyalah fenomena Water Hammer sahaja. – The Reporter



GruGru

Ingatkan hantu main guli di tingkat atas, rupanya fenomena ‘Water Hammer’ | sentot | 4.5