Ini cabaran yg perlu dilalui bila bercinta, bertunang & berkahwin dgn anggota tentera

7 March 2017 | 3:58 am

Oleh Pink Ummi

Entri ini untuk mereka mereka yg akan bercinta, sdg bercinta, bertunang & berkahwin dgn tentera. yg lain boleh baca saja. Hehe!

Bila cerita pasal bercinta, bertunang & berkahwin dgn kaum Adam yg berkerjaya tentera ini, memang macam cabaran & dugaan. Rasanya dr mula bercinta sampai dah beranak pinak cabaran itu tetap ada. Bila bercinta, bertunang & berkahwin dgn lelaki berkerjaya tentera ini, satu perkara yg kaum Hawa kena tahu & ingat bahawa kerjaya mereka memang tak tentu masa. 

YOU KNOW WHAT? DI BELAKANG SEORANG TENTERA ITU BERDIRINYA SEORANG WANITA yg sgt KUAT AND IT’S TRUE!!!!

sbg contoh, masa bercinta cinta dulu korang dah berjanji nak keluar makan sama-sama hari Sabtu. dlm kepala dah plan ini, nak shopping sana sini ketuk duit BF, kan? Tapi tiba masa, terpaksalah plan korang  dibatalkan sebab si BF ada tugas yg lebih penting. 

Masa itu, mulalah si GF merajuk bagai mogok tak nak mesej, tak nak jawab panggilan sebab tak jadi keluar dating. Betul tak? Mulalah si BF pening kepala nak pujuk GF. 

Tetapi situasi berlaku mungkin untuk sebulan dua. InsyaAllah lama kelamaan si GF akan faham tugas BF dia sebab dah kerap melaluinya. Tapi kalau dapat GF jenis yg tak setia, hi hi bye byelah pd BF itu. 

Selepas itu, korang dah bertunang, perkara yg sama msh berlaku. Kena cancel date last minute. yg lebih teruk, kena tinggal berminggu-minggu lamanya sebab mungkin si tunang kena bertugas di luar kawasan (masuk hutan atau belayar) atau kena berkursus. 

Masa itu korang yg dah sah bergelar tunang dia kena redha dlm terpaksa. Apa boleh buat? Dah itu tugas dia sbg tentera. 

Bila dah berkahwin, lagilah besar dugaan yg datang. Terpaksa duduk berjauhan dgn suami sebab suami bertugas di tempat lain, korang bertugas di tempat lain. Nak jumpa pun sebulan sekali. Ada yg tiga bulan sekali & ada jg yg bertahun tak jumpa. Ada jg yg baru berkahwin terus ditinggalkan suami kerana tugas. 

Begitu jg dgn saya dulu. Selepas kahwin, suami terpaksa tinggalkan saya sebab kena pergi bertugas di Pulau Lankayan, Sabah untuk operasi di sana. Makanya, berayalah saya seorang diri ditemani keluarganya. 

Sebenarnya ada bermacam-macam dugaan berkahwin dgn tentera. Ada isteri yg sdg mengandung ditinggalkan. Isteri nak pergi check up pun seorang diri.  Nak bawa anak-anak untuk rawatan di klinik pun seorang diri. Bercuti? Kadang-kadang nak bawa anak-anak jalan-jalan pun kena seorang diri. Adakalanya bila dah buat perancangan dgn baik nak bawa anak-anak pergi bercuti, tapi terpaksa dibatalkan pd saat-saat akhir kerana si bapanya dipanggil balik untuk bertugas. 

Nak salahkan siapa? Si isteri sudah tentulah faham & redha. Cuma kadang-kadang kasihankan anak-anak yg tak faham membuatkan mereka memberontak & merajuk. Jadi di sinilah peranan seorang isteri yg sgt penting. Dialah bapa, dia jugalah ibu yg perlu memantau anak-anak di kala suami keluar bertugas. 

Saya msh ingat lagi semasa saya mengandungkan anak sulung. Saya & suami PJJ. Saya di PULAPOL Air Hitam, Jempol. Dia di UPNM, Kem Sungai Besi. Segala-galanya saya buat sendiri di kala sarat mengandungkan anak kami. Kadang-kadang terdetik jg di sudut hati kecil saya, pergi klinik untuk check up bulanan ditemani suami. Timbul jg perasaan cemburu melihat isteri lain ditemani suami. Alangkah beruntungnya mereka. 

Tetapi saya sedar, situasi mereka tak sama dgn saya. Cepat-cepat saya istighfar. Ya, rasa bersalah sgt bila timbul rasa itu dlm hati kerana bila saya sah bergelar isteri seorang tentera, inilah salah satu cabaran yg saya harus lalui. Bercinta lain dugaannya, bertunang jg lain dugaannya, berkahwin apatah lagi. 

Pendek kata, menjadi pasangan kpd anggota tentera ini banyak mengajar diri saya menjadi lebih kuat, tabah, sabar & berdikari. Segala-galanya kena buat sendiri. yg paling penting, bagaimana nak menepis godaan orang luar di kala kita ditinggalkan pasangan kerana bertugas demi negara. 

Sebenarnya, dah banyak kes yg saya dengar bila suami keluar bertugas isteri pasang lain di belakang suami & begitu jugalah sebaliknya. Bagi saya, bila sudah bergelar isteri tentera ini, satu yg kita kena tahu dr segi Islam, apa-apa pun kita sbg isteri wajib taat pd suami, kena jaga maruah suami & hartanya & dlm masa yg sama kita kena betul betul faham tugas suami kita sbg anggota tentera yg kerjanya tak tentu masa. Siang malam. Pagi petang, Time cuti pun kena panggil masuk kerja. Itu yg kita kena pegang. 

Saya sendiri pun selalu ingatkan diri sendiri, saya dah bersuami & ada anak anak. Suami keluar cari rezeki, jadi saya kena pandai jaga diri, jaga maruah. Selalu ingat suami No.1 & syurga saya di bawah tapak kaki suami. Jika saya buat sedikit salah sekalipun, saya tetap berdosa. Bila dah tersedar saya buat salah, cepat-cepat minta maaf kat suami. Takut dapat “ketulahan”. Hehehe.

Sebab itu kalau adik-beradik & saudara mara saya yg nak berkahwin dgn tentera, saya bagi nasihat satu saja. Bila berkahwin dgn tentera kita kena faham tugas mereka. Jangan sekali-kali mengeluh bila mereka tak punya masa dgn kita & keluarga. Kalau tak bersedia nak ada pasangan yg berkerjaya seperti ini, baik dilupakan saja niat itu. Nanti menyesal kemudian hari. Bila kita nekad & nak jg dia jadi pasangan kita, maknanya kita dah betul-betul bersedia menghadapi segala kemungkinan yg akan terjadi.

Apa yg saya taip nih berdasarkan pengalaman sendiri yg berkahwin dgn anggota tentera. Masa saya taip status ini, encik suami tiada sebab pergi berkursus selama dua bulan. Jadi saya kongsi dgn kawan-kawan tentang kehidupan kami yg berpasangan dgn tentera ini. 

GruGru

Ini cabaran yg perlu dilalui bila bercinta, bertunang & berkahwin dgn anggota tentera | sentot | 4.5