Ini sah ‘cukup bajet’ baru nak tampar orang – Peguam

10 February 2017 | 1:18 pm

Satu pagi ketika saya ingin memasuki dewan bicara mahkamah, seorang pemuda dlm usia awal 30-an menyapa & memberi salam kpd saya. 

“Boleh saya tanya tuan mengenai kes tampar orang. Kalau tampar orang, berapa denda yg mahkamah biasa bagi?” soalnya. 

Saya yg penuh ‘suci hati’ membuat telaahan mungkin beliau ada kes tampar di mahkamah pagi ini. 

Tampar ini di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. 

“Kalau ada RM1,000, cukup ke untuk bayar denda?” soalnya lagi. 

“Mungkin cukup pd kelaziman tetapi secara jujur saya tak tahu,” balas saya. 

Saya jg berteka teki atas hukuman oleh Tuan Majistret. Saya sekali lagi berfikir tentu beliau telah membawa wang RM1,000 bagi tujuan membayar denda. Akhir sekali dia mengucapkan terima kasih kpd saya. 

Saya terus masuk ke dlm bilik bicara mahkamah. Perbicaraan dimulakan & kes-kes dipanggil oleh jurubahasa.

dlm setengah jam perbicaraan di mahkamah bermula, tiba-tiba saya mendengar bunyi bising di luar mahkamah menyebabkan mahkamah terpaksa ditangguhkan seketika. Terdengar polis pengiring memaklumkan ada pergaduhan di luar dewan bicara. 

Saya keluar & melihat pemuda tadi telah dipegang oleh orang awam & seorang lelaki lain dilihat memegang muka. Saya terkejut apabila orang ramai memaklumkan yg dia baru sahaja menampar seseorang. 

Alahai, saya sudah bagi ‘wrong advice’ pd beliau. Menyesal pun ada, kelakar pun ada. Ini sah ‘cukup bajet’ baru nak tampar orang bisik saya dlm hati. 

Manalah saya tahu dia nak tampar orang, kan? Kalau saya tahu apa yg nak terjadi, confirm saya tak layan pertanyaan dia. 

Selepas kjadian itu, saya pula yg ‘insaf’. Jika ada yg bertanya mengenai hukuman, confirm saya kena selidik dulu. Tak nak dah saya, legal advice menjadi illegal advice. Bukan apa, tak nak pisang berbuah dua kali. 

GruGru

Ini sah ‘cukup bajet’ baru nak tampar orang – Peguam | sentot | 4.5