‘Ini sijil mati saya punya bapa, cikgu boleh tengok sendiri’

24 February 2017 | 3:13 pm

14 FEBRUARI 2017

Selasa lalu, seorang pelajar Cina tingkatan satu bertemu dgn saya untuk memohon sebarang jenis bantuan persekolahan atau kewangan. Saya bertanya sebabnya. 

“Saya punya bapa sudah meninggal dunia tahun lepas. Emak saya kerja bawa van sekolah,” katanya. 

“Bapa meninggal kerana apa? Sakit ke?” soal saya. 

“Emm, saya tak tahu macam mana mau cakap,” kata budak lelaki itu. 

“It’s okay. Nanti saya inform jika ada permohonan bantuan dibuka,”

Tadi, pelajar yg sama datang bertemu dgn saya dgn membawa sijil kematian bapanya. 

“Ini sijil mati saya punya bapa. Cikgu boleh tengok sendiri (kenapa dia mati),” katanya. 

I was speechless when I saw the certificate. The father was only 36 year old when he passed away, leaving his distraught wife and kids behind. And now the family is short of money and asking for help. 

The thing is, bantuan dr kerajaan telah dikurangkan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Setakat ini saya cuma dapat meletakkan nama pelajar ini di dlm senarai layak mendapat makanan percuma ketika waktu rehat. 

Saya benar-benar kasihankan pelajar ini. Mukanya jg nampak kurang ceria berbanding pelajar-pelajar lain. Saya tak tahu apa beban yg ditanggung dlm hatinya. 

I’ve already called the mother and explained that I can’t promise that her son can get any bantuan. But I promise to do my best to help them. 

Jika ada di antara rakna-rakan Facebook saya yg tahu di mana anak-anak ini boleh memohon untuk bantuan, sila hubungi saya ya. Maklumat yg diberi bukan saja dapat membantu pelajar ini tetapi pelajar-pelajar lain yg memerlukan bantuan jg. 

Kasihan anak-anak yg msh muda ini terpaksa menanggung beban yg tak sepatutnya mereka galas. Jazakallah. 

p/s: saya memegang portfolio Guru Kebajikan di sekolah saya. That’s why pelajar-pelajar ini datang berjumpa dgn saya.

24 FEBRUARI 2017

Inilah Puan Ang, ibu kpd pelajar berkenaan. She gave me the permission to share her picture and plight. She was a fulltime housewife before her businessman husband passed away. Her husband in depression for a few years but declined to seek medical assistance.

He was found dead in their car a month before his son sit for UPSR. Selepas suaminya meninggal dunia, beliau terpaksa melakukan pelbagai jenis pekerjaan & yg terkini ialah mengambil upah sbg pemandu kpd anak-anak jiran ke sekolah.

Her income is less than RM2,000 and with that, she has to support her 3 kids, pay housing loan etc.

“Makan macam mana?” soal saya.

“Kalau ada sikit-sikit duit, kita pun makan sikit-sikit saja. Kadang-kadang tak cukup duit, saya pinjam wang atau buat apa-apa kerja. Saya tak tahu nak minta bantuan dekat mana. Saya punya anak pun kasut msh pakai yg tahun lepas punya.” katanya.

Terima kasih yg tak terhingga kpd mereka yg sudi menghulurkan bantuan segera kpd Puan Ang & keluarga. Saya telahpun menyerahkan bantuan tunai RM1,100 kpd beliau sebentar tadi. Anak beliau jg mendapat bantuan wang poket harian RM2 daripada rakan saya.

Puan Ang meminta supaya ucapan terima kasihnya dipanjangkan kpd mereka yg sudi menyumbang bantuan kepadanya.

Jazakallahukhairankathira. Jasa anda semua hanya Allah saja yg mampu membalasnya. Thank you so much for trusting me to do this. 

GruGru

‘Ini sijil mati saya punya bapa, cikgu boleh tengok sendiri’ | sentot | 4.5