Inilah sebab mengapa ibu bapa tak sepatutnya bersihkan tangan anak dgn ‘hand sanitizer’ – Kajian

5 March 2017 | 1:05 am

AMERIKA SYARIKAT – Berjuta ibu bapa menggunakan hand sanitizer (gel pembersih tangan) untuk memastikan anak mereka bebas dr kuman. Tetapi kajian kini memberikan amaran akan bahayanya produk tersebut. 

Terdapat beberapa kes di mana kanak-kanak mengalami pedih mata, muntah-muntah & sakit perut selepas menggunakan hand sanitizer, menurut satu kajian yg dilakukan oleh US Centers for Disease Control and Prevention.

dr tahun 2011 hingga 2014, Amerika Syarikat menerima 70,000 panggilan bantuan keracunan di mana kanak-kanak di bawah usia 12 tahun telah termakan, terhidu atau mata dimasuki hand sanitizer, menurut laporan yg dikeluarkan semalam. 

Daripada jumlah itu, lima kanak-kanak berada dlm keadaan koma,tiga kanak-kanak mengalami sawan & dua kes kritikal di mana pernafasan dua kanak-kanak terhenti sementara. 

91% kanak-kanak yg menjadi mangsa adalh di kalangan kanak-kanak yg berusia lima tahun ke bawah dipercayai telah tertelan hand sanitizer secara tak sengaja. 

Bagaimanapun, bagi kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun, 15% daripadanya bukan disebabkan kemalangan & dipercayai mungkin sengaja menyalahgunakan hand sanitizer, kata laporan yg dipetik Mirror. 

Penyelidik jg mendapati bahawa insiden-insiden berkaitan hand sanitizer pd kanak-kanak dlm golongan usia itu kurang berlaku pd musim panas, mungkin kerana kanak-kanak mempunyai lebih banyak akses kpd produk tersebut sepanjang tahun persekolahan atau semasa musim selesema. 

Meskipun begitu, pakar tak mengatakan ibu bapa perlu menghentikan penggunaan hand sanitizer, sebaliknya hanya perlu memantau penggunaannya pd anak masing-masing. 

Selain hand sanitizer, pakar mengesyorkan orang ramai menggunakan sabun & air untuk membasuh tangan kerana itu adalh kaedah yg disyorkan  dlm penjagaan kebersihan. – The Reporter



GruGru

Inilah sebab mengapa ibu bapa tak sepatutnya bersihkan tangan anak dgn ‘hand sanitizer’ – Kajian | sentot | 4.5