Isteri buat laporan polis, suami rakam aksi rogol anak tiri

19 February 2017 | 4:14 am

NILAI, NEGERI SEMBILAN – Sikap curiga seorang ibu terhadap suaminya membawa penemuan kad memori milik lelaki itu yg menjalinkan hubungan seks (rogol) dgn anak tirinya. 

Rakaman video seks tersebut ditemui di dlm beg suaminya yg ditinggalkan di atas meja ketika pergi bekerja. 

Ekoran penemuan video seks tersebut, ibu mangsa, 40, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, suspek berusia 40 tahun yg bekerja sbg peniaga & berketurunan Kadazan itu telah ditahan di kediamannya di BAndar Baru Nilai, kelmarin. 

“Hasil siasatan mendapati, suspek telah menjalinkan hubungan dgn anak tirinya yg berumur 20 tahun sejak tahun lalu. Mangsa merupakan anak kedua daripada lima beradik & telah berhenti sekolah hingga tingkatan dua sahaja. Mangsa berhenti kerana tak minat belajar & kini tak bekerja,” katanya. 

Menurut ibu mangsa, dia sudah lama mengesyaki sesuatu yg tak kena selepas anak-anak yg lain memberitahu mereka terasa ganjil dgn sikap suspek & mangsa namun tiada sebarang bukti ditemui. 

Ibu mangsa pernah bertanya pd suspek & mangsa, namun masing-masing menafikannya sehinggalah wanita itu menemui kad memori & tertonton rakaman video seks di antara suami dgn anaknya. 

“Mangsa tak pernah menceritakan kpd sesiapa kerana bimbang suspek akan meninggalkan ibunya & membawa adik-adik jauh dr keluarga. 

“Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut & kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” katanya. – The Reporter



GruGru

Isteri buat laporan polis, suami rakam aksi rogol anak tiri | sentot | 4.5