‘Isteri tiada sesiapa lagi setelah berkahwin dgn suami’

28 February 2017 | 3:53 am

Saya setuju dgn apa yg Ustaz Ebit Lew katakan. Isteri dah banyak kali ‘mati’ untuk kita (suami). Secara zahirnya mereka sdg melahirkan anak untuk kita, tetapi hakikatnya mereka ‘sdg mati’ untuk kita. 

Saya selalu berpesan kpd adik & kawan-kawan lelaki, hargailah isteri walau apa pun yg terjadi. Jangan kerana sedikit kelemahan mereka, kita melihat kelebihan yg ada pd perempuan lain. Kadang-kadang belum tentu perempuan lain dapat membahagiakan kita sebagaimana isteri kita lakukan sekarang. 

Ketahuilah bahawa, isteri tiada sesiapa lagi setelah berkahwin dgn kita. Segala suka duka semuanya diharungi bersama kita. Ada mak ayah menangis setelah anak sah menjadi isteri orang. Mereka gembira dlm masa yg sama, mereka risau & berharap agar kita mampu menjaga anak mereka dgn baik. 

Tiba-tiba hari ini, kita dengar kes suami pukul isteri, suami curang dgn isteri. Mula tak menyayangi isteri, mula ada perempuan lain. Kenapa ada lagi lelaki yg sanggup menceraikan isteri & meninggalkan mereka sebatang kara bersama anak-anak semata-mata masalah yg kecil? 

Kita sbg suami sepatutnya melindungi mereka, membimbing mereka, menjaga amanah yg diberikan oleh ibu bapa mereka. Sebelum kahwin, semua syarat kita boleh terima tetapi kenapa setelah kahwin kita lupa segala syarat yg diberikan? 

Sebelum kita pukul isteri, tampar isteri, cuba minta kawan tampar ibu kita. Apa kita rasa? Kalau tak koma, mungkin mati si kawan itu. 

Sebab itulah saya berpesan kpd remaja sekarang, kalau sukakan perempuan, niat kerana Allah. Jika kita letak hukum Allah dlm cinta kita kpd perempuan, kita akan menghargai mereka sampai mati. 

Cinta memerlukan pengorbanan. Sahabat Nabi S.A.W sanggup putus jari, putus tangan, kaki & kepala untuk mendapatkan Cinta Allah. Khadijah r.ha asalnya orang yg sgt kaya, sanggup korbankan kekayaan demi Allah & Rasul. 

Begitu jugalah jika kita cinta pasangan kerana Allah. Pimpin keluarga untuk ikut kehendak Allah. dlm hubungan ketapikan kehendak kita. Berusaha menunaikan kehendak pasangan. 

Suami isteri etiap hari puji pasangan, ucap terima kasih, sayang, rindu pd pasangan. Luangkan masa untuk mendengar setiap keluhan, masalah pasangan. Jadi pendengar yg setia setiap perkongsian. 

Tuan puan, banyak bagi masa untuk berdoa. Mengadu segalanya kpd Allah, tiada sesiapa pun dapat menyelesaikan masalah kita kecuali Allah. Tiada sesiapa pun yg dapat menenangkan hati kita kecuali Allah. Tiada sesiapa pun yg dapat membahagiakan kita kecuali Allah. 

GruGru

‘Isteri tiada sesiapa lagi setelah berkahwin dgn suami’ | sentot | 4.5