Isteri yg solehah, beriman & mentaati suami, ganjarannya lebih besar di syurga sehingga bidadari jg cemburu

26 February 2017 | 12:55 am

Sebenarnya beberapa hari yg lalu, saya terjumpa tafsir dlm Al-Quran yg menyatakan:

“Di syurga nanti, tiada orang yg bujang. Setiap lelaki disediakan dua orang bidadari sbg isteri yg kekal abadi keperawanannya.”

Allahuakbar, terbakar api kecemburuan! Lalu cuba lagi mencari apa maksudnya. Saya cuba mendengar kuliah Ustaz Wadi Anuar. Ya benar! Suami-suami kita nanti dapat isteri bidadari yg tak tertanding cantik wanita dunia ini. 

Bayangkan, jika bidadari meludah ke dlm selautan air, maka air laut yg masin akan menjadi tawar. Jika di dunia ini kita berbuat jahat pd suami, maka dua isteri mereka di syurga akan menjerkah kita. 

“Celakalah dikau wahai si isteri.”

Eh? Kuliah ustaz ini membuatkan saya semakin cemburu & tak puas hati. Untunglah si suami mendapat bidadari yg tak tertanding kecantikannya, sedangkan kita ini biasa-biasa sahaja. 

Habis, kita ini di syurga jadi apa pula? 

Rupa-rupanya untuk wanita yg solehah, beriman & mentaati suaminya, ganjarannya lebih besar. Wanita yg masuk syurga akan menjadi lebih cantik berganda-ganda dr bidadari. Jadi Ketua Bidadari lagi & sebab itu dikatakan bidadari akan cemburu pd wanita solehah.

Sebaik sahaja kita minum air dr Telaga Rasulullah S.A.W yg diberi nama Al-Kausar, Allah S.W.T akan beri kita dua perkara. 

  1. Allah akan memberikan Nur kpd wajah kita.
  2. Allah cabut semua perasaan dengki, cemburu, iri hati & segala perasaan jahat yg pernah ada dlm diri manusia. 

Maka berbahagialah penduduk dlm sebuah negara yg diberi nama syurga. Jom buat bidadari cemburu dgn kita. 

Macam mana nak menjadi wanita solehah? Salah satunya, jaga aurat. 



GruGru

Isteri yg solehah, beriman & mentaati suami, ganjarannya lebih besar di syurga sehingga bidadari jg cemburu | sentot | 4.5