Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2017 (KPTN) – Info

GruGru – Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2017 (KPTN). Bilakah tarikh Karnival Pengajian Tinggi Negara tahun 2017 (juga dikenali sebagai Karnival Jom Masuk U)?.

Karnival KPTN pasti dinantikan oleh pelajar SPM dan STPM yang berhajat untuk menyambung pengajian tinggi mereka melalui UPU online.

Berikut dikongsikan tarikh dan Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2017 (KPTN) yang bakal diadakan di beberapa negeri dan zon di seluruh Malaysia.


Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2017 (KPTN)

Tujuan utama Karnival Jom Masuk U ini ialah untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat terperinci dan terkini dari universiti-universiti dan kolej-kolej yang menyertai pameran pendidikan tersebut.

Semasa karnival itu anda boleh berjumpa terus dengan wakil-wakil dari universiti dan kolej semasa pameran.

Ini tentu sekali akan memudahkan anda membuat keputusan yang tepat semasa melanjutkan pelajaran anda ke peringkat yang lebih tinggi kelak. Para pelajar digalakkan untuk membawa keputusan peperiksaan yang terkini untuk mendapatkan nasihat pemilihan program pengajian.

Pemohon juga patut mendapatkan maklumat lanjut mengenai pilihan program pengajian yang dibuat untuk mengetahui peluang mendapat tawaran.

Tarikh Dan Lokasi KPTN 2017

ikh Dan Lokasi KPTN 2017Berikut adalah Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2017 (KPTN). Maklumat yang dikongsikan adalah tarikh, lokasi dan negeri/zon.

1. Zon Timur (Kelantan, Terengganu Dan Pahang) : 11 – 12 Februari 2017 (Sabtu & Ahad). 9 pagi hingga 5 petang. AEON Kota Bharu, Kelantan (Perasmian Pembukaan)

2. Mini Zon (Perlis dan Kedah) : 18 – 19 Februari 2017 (Sabtu & Ahad). 9 pagi hingga 5 petang. Dewan Ilmu Kampus UNIMAP Pauh Putra, Perlis

3. Zon Selatan (Johor dan Melaka) : 25 hingga 26 Februari 2017 (Sabtu & Ahad). 9 pagi hingga 5 petang. Kampus UTHM, Batu Pahat, Johor

4. Zon Utara dan Tengah. (Pulau Pinang dan Perak). 4 hingga 5 Mac 2017 (Sabtu & Ahad). 9 pagi hingga 5 petang. Padang Kawad, Kampus Induk,USM Pulau Pinang

5. Zon Sabah (Sabah) : 11 hingga 12 Mac 2017 (Sabtu & Ahad). 8.30 pagi hingga 5 petang. Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah

6. Zon Sarawak (Sarawak) : 18 hingga 19 Mac 2017 (Sabtu & Ahad). 8.30 pagi hingga 5 petang. CityONE Megamall Kuching, Sarawak

7. Zon Tengah. Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. 25 hingga 26 Mac 2017 (Sabtu & Ahad). 9 pagi hingga 5 petang. DEWAN TUANKU CANSELOR USIM & PERKARANGAN, Negeri Sembilan. Perasmian Penutup


Selamat berkarnival. Semoga perkongsian Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2017 (KPTN) ini bermanfaat buat semua.

GruGru

Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2017 (KPTN) – Info | sentot | 4.5